January 3, 2010

else.

Maafkan aku andai aku menyakitimu.Izinkan aku membawa diri ini seketika untuk memperbaiki diriku yang serba kekurangan untukmu.Aku tahu aku bukanlah yang terbaik untuk mendampingimu.Aku tidak punya apa2 yang dapat menawan hatimu sepertimana gadis lain menawan hatimu.Aku mahu kau bahagia dengan diriku.Aku mahu kau sering gembira denganku.Andai kehadiranku menjadikan dirimu tidak menentu,maafkan aku kerana bukan pintaku untuk hadir dalam hidupmu sayang.Namun,takdir Tuhan tiada siapa yang mampu melawan dan menahannya.Aku hanya manusia biasa.Aku hanya gadis yang mudah jatuh cinta dan sayang pada seorang lelaki.Namun,aku bukanlah seorang gadis yang sering bertukar2 pasangannya.Andai aku jatuh cinta,akanku setia padanya,sayang padanya hingga akhir nafasku.Akanku semai kasih sayangku pada dirinya.Cintaku,sayangku,setiaku,jujurku,ikhlasku hanya padamu.Aku hanya mampu lakukan apa yang aku mampu setakat ini.tetapi mungkin caraku kadang2 tidak menyenangkan hatimu.Sememangnya aku hanya gadis biasa yang tidak punya apa2 keistimewaan.Andai ada sesuatu yang kau rasa tidak senang,luahkanlah padaku sayang.Inginku tahu apa isi hatimu.Akanku dengar segala rintihan hatimu sayang demi kita berdua.I love U.

Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: