December 19, 2010

10 tip kecantikan :)

Salam reader's .
First of all cah nak cakap tips yang cah post nie , semata2 untuk dikongsi bersama . cah pon copy paste dari orang jer . enjoy !


1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?
* cah pon kurang minum air mineral sebenarnya . kalau sekolah baru la banyak minum air mineral sebab hari2 bawak botol air kat sekolah . hehehe . coke pon jarang minum . nasib baik .satu benda nak pesan , coke x bagus untuk kesihatan . sebab kandungannya boleh membuatkan gigi kita rosak . ini satu fakta dengan kajian !

2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
* hah ! yang nie cah selalu buat . al-maklumlah , sekarang musim cuti sekolah , duduk rumah jer . so keja cah adalah mengelilingi rumah sampai bosan . (patutla aku slim ja ) hahaha ...

3. Jangan merokok . Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan . Semua orang tahu tu . jadi kenapa nak merokok ? Nak kuruskan badan ? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit , jadi kuruslah ! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit . pasti org lebih nak sihat, kan ?
* kepada sahabat2 yang merokok tuh , berhenti je la . xde faedah pon merokok nie . menghabiskan boras jo . hahaha . kan bagus kalau berhenti merokok , duit pon save , badan pon sihat .

4. Tidur yg cukup . Jgn asyik berjaga waktu malam .tak elok tu . Waktu malam kan dikhaskan utk tidur ? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
* alamak ! cah selalu tido lewat la . cm na nie ? nnt cepat tua la plak . oke2 sekarang semua pegi tido !

5. Pada waktu tertentu , benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap . Kulit juga perlu bernafas ! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka . Kat rumah , tak payahlah sapu itu ini. , cukuplah dgn wajah yg bersih .
* sangat suka tips ini . sebab macam cah la . sebab cah memang mengamalkan tips nie . so , xde la jerawat sana sini . Alhamdulilah .

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan . Jgn sebab nak kurus , anda rela berlapar setiap hari . Cara yg baik , makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang . Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda . Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata .
* haha , nie bukan kesukaanku , sebab cah main hentam ja makan . al-maklumlah badan x naek2 sebab tu semua bedal . tapi masih berhati2 dalam memilih makanan .

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun , sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah ! Tak semestinya di salun . anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah . Jika rajin . cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga . Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.
* yang nie belom pernah cuba lagi . xde masa nk buat semua nie . setakat pkai bedak sejuk tuh ada la . ada jugak cuba pakai pupur wajah dari mustika ratu .

8. Elakkan stress . Stress mempercepatkan proses penuaan . Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan .
* stress ? ada la jugak kadang2 . so , lepas nie chill yea ?

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik , pasti anda akan kelihatan hebat ! Jika kita yakin dengan diri kita , tentu penampilan kita pun cantik !
* err , cm nie pon boleh ker ? xpernah la plak cuba tips nie . malu la . :p

10. Ketawa penghibur duka ! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2 . Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam . Anda hanya menambahkan kedutan di muka .
* cah memang suka gelak . smpai terbahak2 la kadang2 . ish , anak dara sapa la nie . ada ka orang nk wat bini cm nie . zzzz~~



Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: