March 8, 2011

erti persahabatan

Salam reader's

hari nie cah nak cakap tentang what does friendship means? kali nie cah tulis hanya berdasarkan pendapat cah jer. lets see.

well, first of all, bagi cah kat mana2 kita pergi pon kita mesti kena ada kawan kan? just imagine kalau kita xde kawan. serius kita akan rasa sunyi. sebab kawan nie plays important role dalam hidup kita. kawan nie plak ada macam2 jenis. indahnya dunia kita kalau kawan yg ada semuanya kawan sejati. but the fact is its hard to have it.

walaupun kawan-kawan kita nie ada macam2 jenis, tapi kita kena pandai hargai persahabatan yang ada. sebab kalau kita tak hargai persahabatan, ianya seolah-olah kita sendiri tak menghargai kawan kita tuh. memang dalam hidup nie tak semua orang suka dengan kita. cah sendiri pernah hadapinya. kena fitnah dan sebagainya. kadang-kadang terfikir, kenapa nak fitnah cah macam tu? apa cah da buat kat dia. tapi cah da lupakan benda tu and assume its never happen to me. barang yang lepas usahlah dikenang. mungkin jugak orang tuh sendiri tak menghargai kawan yang dia ada. but its okay.

kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan dia tu. kawan yang pandai meletakkan diri dia dalam keadaan kawan dia tuh. for example, kalau kawan kita ada masalah, kita cuba tolong dia dengan cara kita sendiri. like i said, try to put ourself in their shoes. memang takkan sama dengan apa yang diorang alami, tapi at least we try than never. bila kita cuba faham kawan kita, sebenarnya it shows that kita sayang kawan kita and sayang jugak friendship kita tuh. terpulang pada cara masing-masing untuk tunjukkan kasih sayang kepada kawan-kawan kita. orang kata, susah senang sama-sama. jangan la senang jer bersama, tapi bila susah, masing- masing sembunyi diri tak nak tolong. kalau tak dapat tolong sepenuhnya, sikit pon jadi lah kan.

kawan yang baik jugak sentiasa saling menasihati kawannya yang lain. bukan nak tunjuk diri tu bagus. tapi kalau benda yang kawan kita buat tu salah, i think it was satu kewajipan untuk kita menegur dia. dalam Islam sendiri pon ada cakap, kalau kita terlihat ada orang yang buat kemungkaran, kita kena tegur and nasihat dia. cah sendiri pon tak cakap diri cah bagus, tapi ada la jugak sometimes cah tegur kawan-kawan cah. tapi cah xtawu la either diorang accept it or not.
cah senang jer, kalau cah rasa orang tu memang jenis boleh ditegur, cah akan tegur. tapi kalau cah memang dah tawu orang tuh memang susah untuk ditegur, cah pon takkan buang masa dengan orang tu. ibaratnya, mencurah air ke daun keladi. tak lekat pon nasihat tuh kan. tapi kalau rasa kawan tuh lambat laun akan lembut jugak ati tuh, dont give up guys. keep on advice him.

macam mana kita nak hargi persahabatan kita? bagi hadiah ker? haaa, that was really hard to answer it. but for me, semua oranga da cara masing-masing nak hargai persahabatan tuh. kalau bagi hadiah pon ok jugak. tapi bagi hadiah mestilah ikhlas xde niat apa2 towards our friend. kalau kita rasa tak mampu tak perlulah nak bagi hadiah segala bagai. ikut kemampuan kita. like i said, kita ada cara masing-masing, so depends on you guys. hidup kat dunia nie macam-macam ragam manusia yang ada, so live with that.

sebenarnya apa yang penting, kita kena always, always, always hargai kawan kita. hidup kat dunia nie, kawan la yang paling banyak pengaruh especially teenage. so, for all teens outside there, kena la jugak pandai bahagikan masa dengan kawan and family. family jugak a part of friends. kita sendiri kena assume they're friends of us. apa-apa pun jadilah sahabat yang baik dunia dan akhirat. berilah pengaruh yang positif dan bukannya negatif. doakan kebaikan kawan kita, insyaAllah kita dengan kawan kita akan kekal sampai bila-bila. yang paling penting, jaga tutur kata, kelakuan kita. tu sahaja buat setakat nie. I am not a good writer, but im trying as much as I can do. thanks for reading. :)

p/s : appreciate our FRIENDSHIP !

Wassalam.




Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: