May 6, 2011

see the diffrence. haha.

Salam reader's :)

baiklah. hari nie hari ape? hari nie hari Jumaat. penghulu segala hari dalam Islam nie. manfaatkanlah hari nie dengan sebaiknya yer . jangan buat kerja yang tak berfaedah plak.
macam tadi kat sekolah, ada bacaan yassin. actually benda nie setiap pagi Jumaat memang ada. so takyah nak pelik2 ok. hehehe. korang plak pandai2 la plan ape yang korang nak buat hari Jumaat nie. :)

actually nak tulis pasal ape pon tak tawu nie. jap2. nak fikir. hehe.
ha ! tawu da nak tulis pasal ape.
oke, minggu depan budak2 lower six dah nak masuk. dengarnye seramai 307 orang. tapi of course la bukan semua yang masuk, at least half from that. sama macam batch cah dulu. yg dapat 230 kot, tp yg datang masa tuh half jer. and then sekarang tinggal la 84 orang je kot. ye la, semua masuk sekadar menumpang dulu sementara tunggu result poli, maktab, bla3.
so, bila da dapat tuh, masing2 bawak diri la kan. setiap orang kan ada rezeki dia. macam cah nie, mybe rezeki kat form 6 nie. ye la, aritu apply UiTM untuk dip. sains tapi x dpat sebab result subjek2 sains tak cukup strong nak beat dengan budak2 lain kan. so, rezeki diorang la.
tap xpe, masuk form 6 nie pon boleh masuk U jugak kan. InsyaAllah. tp kali nie cah dah takmo mengharap sangat. sebab masa SPM dulu pon terlalu sangat mengharap, last2 x dapat. benda lain yang tak terfikir niela dapat. ape2 pon cah bersyukur. Alhamdulillah. :)

satu lagi benda yang cah rasa mcm nak discuss kat sini.
kenapa budak2 lepasan SPM sukar nak terima form 6 nie ?
oke, fine. cah tawu la antara sebab2nya. sebab cah pon pernah alaminya dulu.
1) dah takmo pakai baju sekolah.
2) boring la. budak2 lain dah free.
3) tak nampak matang bila digelar budak sekolah balik.
4) kena bangun awal2 pagi pergi sekolah.
5) kena ikut peraturan sekolah yang ketat tuh.

actually semua nie bergantung pada mentality sendiri. jangan terlalu nampak keburukan form 6 nie. ramai cakap form 6 nie susah. susah bagi orang yang tak berusaha. yes, I admit, kadang2 cah pon ada rasa mcm tuh, susahla, ape la, tp benda yg susah tuh actually jadi sebab diri sendiri. kalau kita nak benda tu jadi senang, semua tu bermula dari minda kita sendiri. kalau dari awal2 lagi kita dah set in our mind benda tuh susah, susah la jadinya. tp, kalau kita set benda tu senang, insyaAllah, benda tu akan jadi senang. tak percaya cuba la. nie semua psikologi games.

susahnya form 6 nie maybe sebab orang dengar yang STPM nie Top 5 in exam chart in the world. maknanya susah dan sangat high level. and STPM nie da standard A-level and macam kt Oxford tuh. form 6 nie kan pra-U. means, selangkah kaki dah ada dah kt U, tp kena la usaha agar kaki yg sebelah lagi boleh masuk. InsyaAllah. satu lagi form 6 nie jugak macam kita belajar Diploma la. sebab nnt lepas form 6 teros sambung degree. jimat masa. setahun setengah je belajar ' diploma '. macam matrik jugak. tapi dengar khabarnya, intake untuk masuk U, keutamaan lebih kepada pelajar2 Form 6. wallahualam. tp mcm mn pon, kalau result tak elok, mesti la diorang amek yang matrik punya kan. so, berusaha la bersaing secara sihat ! chaiyok !

apa2 pon. jangan la takot nak masuk form 6. semua yang jadi ada sebab. kalau tak dpat U tu, ade la hikmanya. kadang2 masuk U nie pon boleh jadi perak! taw x perak ape ? bukan yg pingat tuh, bukan jugak negeri tuh. haha. xtaw, bukak kamus dewan.hehe. mula la buat bukan2 dengan kawan2 kat U tuh. salah pilih kawan abes la. mentang2 stay jauh dari family, free sangat, macam2 nak buat kan.sabau je la. jaga la diri baik2 yer.

setakat nie je la kot cerita cah. jumpa lagi.renung2kan dan selamat beramal.

Wassalam. :)



Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

8 comments:

Iqbal said...

form 6 ke, ipta atau matrik masing2 ada kelebihan..kalau tak kerajaan dah hapuskan semua mende tu...buat mende lain pulak..haha

anyway, pengalaman sy masuk form 6 jugak dlu..tapi seminggu je, then dapat offer u terus chow..bukan taknak survive kat form 6(walaupon mencabar skit), tapi dah cadangan ibubapa suh msuk u...

anggap la semua ada hikmah..kalau tak dpt u atau matrik, x payah mengeluh sebab rezeki ada di mana2..masuku dgn matrik belum tentu berjaya....

akhir kata menuntut la ilmu hingga ke negeri china...hehe (^_-)

a m o i c e l u p said...

hehehe. kenapa negeri china. negeri lain x boleh ker ? hehe.

takdela. nmpk budak2 smua tak pndang lagsung form 6. sy sbgai peljar form 6 nie, xnak la diorang think negative about form 6 nie.

yup2, stiap orang ada rzeki dia masing. kalau kita pilih nak masuk u just sebab dibanggakan, no used jugak. at last belajar ntah ke mana. rugi masuk u tp x belajar betol2. ramai lg yg nak masuk u. tp x dpat. mcm sy. huhu. tp xpe, rezeki setiap manusia dah ditentukan Allah. cuma kita kena gunakan rezeki tu betol2 di jalan yg benar. :)

Iqbal said...

Mana boleh tukar, kan ada pepatah arab berkata tuntut lah ilmu hingga negeri china..Ada sesetengah cakap hadis nabi, tapi tak sure sahih atau tak..so, assume pepatah arab jela..

kenapa china? senang je jawapannya sebab china adalah negara maju dari setiap aspek kan.. orang kat sana bijak pandai, sebab selalu jalan kat tembok besar china kot..hehe

Awk takyah pandang la budak2 yg tak pndang form 6 tu..huhu ...ckp je ADE AKU KESAH? hahaha

Yelah, rugi tak belajar btol2 kat u ni..menyesal pulak .. InsyAllah ada chance awk masuk u nnti.. bila exam nye?

a m o i c e l u p said...

hehe. tu la. mcm terpikir plak, knp China. knp x jepun? hehe.

exam next week. minggu nie da start orientasi. bz2.

Iqbal said...

cik amoi ada mix chinese ka? hehe...

owh, selamat membusy kan diri la ye...

a m o i c e l u p said...

eh, mn ada. im pure malay la.

Iqbal said...

okey..just asking..

a m o i c e l u p said...

nmpk sgt ke macam amoi sy nie ? majoriti cakap sy nie mcam cina jea.??