May 12, 2011

wishlists.

Salam reader's =)

Hello Malaysia. sihatkah anda semua ? moga2 sihat la hendakNya yea. oke. hari nie I nak story mory cket apa benda yang I nak post kali nie. post kali nie pasal ape perkara2 yang I nak lakukan dalam hidup I. apa yang I nak tulis nie xde kena mengena dengan yang hidup atau yang dah mati. cerita ini hanyalah nukilan hati I saje. so, kalau ada yang sama, mungkin ianya satu kebetulan saje. okay2. back to the story. perkara2 yang I nk tulis nie jugak dia tak terhad sampai nombor2 tertentu. I tulis jea sampai berapa yang I nak tulis. sebab nie kan blog I. hehehe. :p

1. nak perbaiki kelemahan diri.
- I rasa diri I terlalu banyak kelemahan yang I taw I boleh tingkatkan, salah satu darinya ialah meningkatkan tahap keimanan kepada Allah. *aiceh. ayat sungguh mendalam. InsyaAllah.

2. nak bahagiakan mak dan abah.
- rasanya selama 19 tahun I hidup, tak la banyak pengorbanan I terhadap parents I. kesian kt diorang kan dapat anak macam I nie. takpe. macam mn pon, selagi I hidup, I akan cuba bahagiakan diorang dengan semampunya. mudah-mudahan. semoga Allah lancarkan semuanya.

3.nak pandai memasak !
- dengar macam funny kan ? takla funny mana pon. I serius kot. I tak pandai masak macam mak I. tapi I suka masak. masalahnya I tak reti. means, kalau I reti, memang I akan melekat kat dapur je. tapi tak pon kan. suka memasak. kalau main masak2 pon suka jugak. hehe. benda nie yang sangat2 diidam2kan sangat nie. kalau pandai masak, nnt kawen takyah risau laki nak cari lain. mak mertua pon sayang kat I. hehehe. :p

4. suzuki swift.
- sesape sebelom nie yang follow blog I nie of course korang tawu kereta apa yang I suka sangat kan?? semestinya, dulu, kini dan selamanya~~ Suzuki Swift. kalau la I dapat. MasyaAllah! I la orang yang bahagia. seriously, dah hati I berkenan sangat denga kereta tuh. tak leh lepas dah kereta tuh. jatuh cinta pandang pertama la lebih kurang.

5. pergi melancong.
- giler takmo. dah la family I nie kureng cket bab2 melancong nie. especially my dad. beliau tak suka berhabis duit melancong jauh2 nie. suka duduk rumah lagi katanya. takpelah. nanti bila I dah ade duit, I bawak semua the whole family pegi melancong oke. nak pergi Sydney, Australia! pastu insyaAllah, nak jugak pegi buat umrah kat Mekah. best kan dengar orang citer pergi Mekah. sebab tu rasa nak pegi jugak. semoga hati lebih tenang. InsyaAllah. takde ke orang nak sponsor I ??? hehe. :p

6. i-Pad
- nie pon satu gajet yang canggih sekarang nie. semua pon confirm nak jugak kan. nak ? beli la. hahaha. beli kt I sekali boleh ? mesti korang cakap ' banyak duit kau ' . haha. ala, I taw la. takkan la I nak mintak benda yang mahal nie kat korang kan. ape la u all nie. mesti beli bila dah kaya! :p

7. masuk U @ kerja yang hebat !
- korang doakanlah I berjaya masuk U next year eh. tahun nie I nak amek STPM, so mudah2an dengan result yang baik, I akan dapat masuk U. insyaAllah. doakanlah jugak lepas I graduated nanti I senang nak dapat kerja. boleh kan? thanks. Amin~~ :)

8. boyfriend / husband.
- takmo la komen panjang2. setakat nie I single but not available, sebab I takmo kapel2 lagi buat masa nie. nanti la bila masa dah sesuai, baru I nak fikir semua nie. semoga I dapat la seseorang yang menepati citarasa I dan I selesa dengan dia. bahagianya~~ hahaha. opsss!

9. rumah sendiri.
- sudah pastinya dalam hidup nie, semua orang nak ada keperluan sendiri kan. macam I la jugak. I nak ada rumah sendiri. at least kalau I kawen nanti pon, I takde la nak bergantung harap 100% kat my husband kan. amboih.citer pasal husband plak. hehe. takla,means kalau ade apa2 yang jadi, at least I ada tempat untuk berlindung. tak gitu ? hehe. :p

10. pandai Add Maths.
- peliknya pompuan nie. haha. yeah! I memang agak pelik. sebab ape I tulis benda nie, sebab I tersangatlah lemah dalam Add Maths. I tataw la sebab ape 2 tahun belajar subjek nie, I susah nak adapt. lain plak citernya dengan Maths, boleh jer skor. kalau boleh nk gali2 subjek Add Maths nie sampai pandai. bestnya. haish. kenapa la tak pandai2 nie. :p

okay, buat masa nie I tulis sepuluh dulu. lepas nie I akan sambung lagi untuk next post. tak larat nak celik mata dah nie. tengok la dah pukul bape dah. nak tido dah. papai u all. salam.

Wassalam. :)




Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

2 comments:

Iqbal said...

semoga semua hajat awak tu tercapai suatu hari nanti, amin...tak mustahil kalau berusaha kan. Pelan2 dapat la tu. =)

a m o i c e l u p said...

terima kasih atas motivasi and nasihat awak. :)