Salam reader's
kenapa susah sangat nak buat orang puas hati dengan apa yang kita lakukan? ada saja yang orang nak kritik tentang apa yang kita lakukan. itu tak kena, ini tak kena. kadang-kadang tension memikirkan benda nie. nak kata ' whatever ' kang ada ja yang kena baling kasut pulak sebab takmo amik tawu. tapi aku rasa memang patut la benda tuh yang diucapkan. bayangkan kita dah cuba buat sedaya upaya yang termampu untuk puaskan hati orang, tp orang rasa kurang itu kurang ini. hey guys, peoples are not perfect, so dont hope for perfect thing from peoples around you.
sedih jugak bila ada orang anggap kita tak hargai apa yang dilakukan. kadang-kadang orang tak nampak yang kita menghargainya sebab mungkin cara kita berbeza. as I said just now, susah nak puaskan hati orang. sedih kan bila orang tuduh kita itu dan ini. sampai speechless la jugak. tapi kalau kita buat something kat orang, ada ke orang nak hargai kita. memang kadang-kadang hati aku merajuk, terasa bila orang buat donno ja dengan aku. anggap aku macam tak wujud, assume aku macam-macam. sama macam kita jaga hati orang, tapi orang tak pulak nak jaga hati kita. aku tak kisah, kalau aku sorang yang perlu sacrifice, janji people around me happy dengan aku.
menjadi yang terbaik di antara yang terbaik bukanlah sesuatu perkara yang mudah except u are gifted. kemampuan kita tidak untuk semua perkara. ada orang lebih pada perkara itu, kita pulak perkara ini. we got our own speciality and ability. believe in yourself. kadang-kadang aku sendiri tak yakin dengan diri sendiri, sebab kurang keyakinan diri. aku perlukan seseorang untuk motivasi diri aku yang aku mampu buat sesuatu. tapi alasan selalu jadi penghalang. -.-
sebenarnya aku tulis entry sebab ada kena mengan dengan apa yang terjadi hari nie. blog kan tempat aku luah perasaan. aku tak hargai orang, atau orang tak faham kenapa aku acting like that. aku sakit hati orang buat aku macam tuh. aku cuba faham orang, tapi orang pulak anggap aku macam-macam. sedih sangat. hati aku mula tak tenang. lepas mandi, aku solat isya'. aku nangis sebab orang fikir aku macam tuh. apa lagi yang tak puas hati aku pon tak tawu. sesungguhnya aku tidak sempurna. aku cuba buktikan yang aku bukan perempuan yang lemah, tapi kadang-kadang bila hati dah betul-betul tersentap, memang aku tak tahan. hmmm, sabar je la. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. tenangkanlah diri aku. Amin.
Wassalam.
1 comment:
“…. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[Al-Baqarah, ayat 216]
Ayat inilah penenang tatkala kita kekecewaan. Kerana ia mengajar kita untuk redha dan menerima semua yang terjadi dengan tabah. Mengajar kita untuk mengerti bahawa langit tak selalunya cerah, ada masanya apa yang diharapkan tidak semestinya menjadi kenyataan. Kuatnya sebuah hati untuk menerima sesebuah takdir adalah pada meyakini bahawa ALLAH Maha Mengetahui.
Tetapi, ayat ini, jika diteliti ia membawa sesuatu yang lebih indah dari sekadar penawar untuk melupakan kesedihan. Ayat ini bukan sahaja memberi kekuatan untuk kita melepaskan bahkan ianya juga memberi kita sebuah harapan untuk terus berusaha pada sesuatu yang anda sukai dan cintai.
Kerana apa? Jawapannya ada pada penghujung ayat ini. Sebuah pesanan yang sering kita terlupa memandangnya.
“… ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[AL-Baqarah; 216]
Solusinya..manusia sememangnya tidak sempurna, in fact no one does. Kritikan yang diberi mungkin pedas dan mengecewakan, but do look at the bright sides, Sebenarnya kritikan itu yang menjadikan setiap insan menjadi seorang insan yang lebih baik pada hari ini. Mereka yang berjaya menjadi seorang insan yang cemerlang ialah mereka yang tidak mudah melatah apabila menerima kritikan.
Lalu MULAI SAAT INI, marilah kita menjadi orang yang sentiasa memberi. Bukan sekadar harta benda, tetapi berikanlah kebahagiaan kepada sesiapa pun dalam apa jua keadaan kita. Jangan pedulikan dengan apa yang kita akan terima ke atas kebaikan yang kita lakukan. Ia tidak sukar. Cukup dengan keyakinan bahawa segala apa yang kita lakukan pasti mendapat timbal balik.
Atas keyakinan kebaikan dibalas dengan kebaikan, pasti kita akan memiliki juga kebahagiaan daripada mereka yang menerima kebahagiaan daripada kita. Jika tidak menerima kebahagiaan daripada mereka pun, yakinlah bahawa Allah pasti akan berikan juga daripada sumber yang kita tidak pernah sangkakan.
Post a Comment