June 24, 2011

kasihan


Salam reader's

okay, today aku pegi melawat budak2 junior sekolah aku yang ditimpa kemalangan pada hari Isnin lalu. actually diorang excident masa diorang balik sekolah. masa diorang excident tuh jugak, aku takda kat tempat tuh, tp masa aku on the way nak balik rumah lepas ambil adik aku, aku nampak ada excident. mangsa dah takda kat situ. tapi bila aku tengok, aku nampak kasut sekolah. zappp! teros aku teringat kat budak junior aku, tp aku tak cam la motor diorang even memang aku selalu follow diorang kadang-kadang masa nak hantar member-member aku balik. dalam hati aku berdoa la sesangat jangan la budak2 junior aku tuh. haish.

esok tuh pulak, kat sekolah heboh pasal dua orang budak sekolah aku excident semalam, kiut dengan hazman. aku betul-betul tak sangka naluri aku betul pasal diorang excident. aku memang terkejut sangat-sangat. macam-macam cerita aku dengar pasal diorang. ada yang kata macam tuh, macam ni lah. haish. benda dah jadi. aku cuma berdoa diorang takda apa-apa dan selamat. kiut kena masuk hospital sungai bakap, hazman pulak hospital seberang jaya. hari rabu plan nak pegi tengok, tapi diorang plak masing-masing dah nak keluar, so tukar plan, pegi melawat kat rumah je la. so, hari ni aku dengan geng-geng aku pon pegi la tengok petang tadi.

mula-mula sekali pegi melawat kiut. bawak la bubur kat dia. first impression bila melawat dia, cara dia cakap! sangat-sangat berbeza. kesian sangat kat dia. dah tak macam dia. masa excident tuh kepala dia terhantuk kat cermin keta, pecah cermin keta tuh, pastu dia jatuh terbaring. dia trauma. dengar mak dia cerita, kena ikat la tangan dia, kalau tak meronta-ronta. haish, kesianlah. paling kesian, masa kat hospital, dia dok sebut-sebut nama member aku, ' kak alin '. dia nak jumpa kak alin. rindu katanya. masa kitorang pegi tadi pon, dia okay la jugak, da boleh senyum mak dia kata. tapi paling sedih, masa kitorang dah nakk balik, dia dah mula nak nangis sebab alin dah nak balik. maybe dia rasa tak puas jumpa alin, then dia rasa macam alin nak tinggal dia kot. selalu aku tengok dalam tv je, tp nie betul-betul depan mata. realiti. :(


lepas tuh pegi melawat hazman pulak. bagi bubur jugak. hazman nie terok jugak, ibu jari kaki da kena potong, jari tangan tuh aku pon tak faham apa dah jadi. dengar mak dia cerita, terkeluar isi la, tinggal tulang la, patah la. aku pon pening. tapi hazman okay. normal, boleh gelak-gelak macam biasa. tapi mak dia cerita, hazman rasa bersalah la dekat kiut, sebab dia yang bawak motor. diorang memang pegi sekolah sama-sama. tapi tuh la, kalau dah membabitkan orang, memang perasaan bersalah tuh akan timbul. apa yang penting, aku harap dan doakan diorang sembuh cepat-cepat, pegi sekolah balik, sebab dua-dua nak SPM. doakan mereka ya bloggers. :)

okay la, setakat nie saja la cerita untuk hari nie. thanks for reading.

Wassalam. :)




Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

3 comments:

Iqbal said...

Tiap-tiap hari ada je kes accident kan, tapi syukur la budak2 tu umur masih panjang. Accident 2 bulan lepas pon pengalaman tak dapat saya lupa...

a m o i c e l u p said...

awak excident 2 bulan lepas ?? baru lagi nie. terok tak ?

Iqbal said...

Alhamdulillah, dah fully recovered. Tak la terok sangat, ibu jari tangan patah, then luka2 sikit. hehe