Salam reader's :)
kenapa waktu muda mudi nie orang senang nak jatuh cinta? satu persoalan yang selalu timbul dalam otak kita sebab memang mostly memang kita sendiri nampak situasi nie terjadi. kalau kita tak nampak pon, kita sendiri pernah alaminya, kan? macam aku sendiri. pernah bercinta sebanyak 3x, dan setakat nie takda lagi yang kali ke-4. belom masanya lagi kot. malas la nak fikir lagi. concentrate kat study dulu. TARGET !
berbalik pada cerita kita tadi. kenapa mudah jatuh cinta? actually takda benda yang rumit pon tentang persoalan nie. perasaan cinta, kasih sayang, rindu, benci dan sebagainya kan lumrah dalam hidup manusia. manusia kan dilahirkan dengan perasaan. cuma manusia yang memang takda perasaan ja memang takkan rasa semua tu. mencintai dan ingin dicintai adalah satu fitrah manusia. bila kita sayang orang tuh, surely kita jugak nak orang yang kita sayang tuh sayang sama kita sama macam kita sayang dia. kalau tak, kita mesti frust. frust nie ada orang frust cket2 je, tp ada sesetengah orang tuh gila2 pnya frust sampai tak terkata. cinta pada manusia nie memang selalu macam tuh. tapi cintakan Pencipta, memang kekal la sampai akhir hayat. tapi, mcm mana sekali pon memang susah nak tepis perasaan cinta tu pada usia muda. tambah2 plak bila tengok kebanyakan kawan2 kita masing2 dah ada pasangan, takkan kita plak takda kan. jeles kita. macam aku sndiri, 'cinta monyet' aku bermula masa aku darjah 5. gila muda kan? gatai ! haha. tahan sampai pertengahan form 2 je la. tu pon jap2 on off. biasa la. budak mentah lagi kan. menggedik nak bercinta, amek hg. haha. macam2 jadi dalam hubungan tuh. bla3, malas nak cita banyak2, cita pon dah basi dah kan. cinta kali kedua, masa hujung tahun form 2. smpai la awal form 4. pastu cinta ketiga, masa form 4 sampai masuk tahun ketiga aku dengan dia. lama kan? 3 tahun. dengan dia la paling lama. tapi takda jodoh la kot. putus jua akhirnya. dan sekarang masih single tp x ingin bercinta lagi. ( buat masa ni la )
aku tak nafikan yang aku sendiri terasa ingin disayangi, tp aku sedaya upaya suba untuk menolak untuk couple. selagi aku boleh tolak, aku tolak walaupun hakikatnya sunyi kadang kala, tp aku taw tuhan sentiasa ada untuk menyayangi aku. cuma aku tak rasa benda tu mybe sebab aku sendiri belom cukup dekat dengan tuhan. aku tak arif sangat tentang cinta, tp sedikit sebanyak aku faham la jugak situasi orang bercinta. macam2 dah aku lalui, macam2 ragam. dari situ aku belajar macam2 perkara yang penting dalam hidup. kadang2 ada rasa menyesal jugak kenapa bercinta pada usia yg muda, sebab tengok la sendiri, tak sampai ke mana pon kan. tapi ada orang jodohnya bertemu semula dengan bekas kekasih. okay la tuh. tu semua qada dan qadar. kita semua tak boleh nak menolak takdir Allah. tak kisah la dengan sapa pon aku kawen nanti, yang penting aku cuma nak bahagia dan kekal selamanya dengan redha mak dan abah aku. insyaAllah. haish. dah tak taw da nak tulis apa. kang lebih2, mengarut kelain pulak. hehe.
Wassalam.
2 comments:
ketika kau mendambakan cinta sejati yang tak kunjung tiba ketahuilah bahawa
~ ALLAH swt mempunyai Cinta dan Kasih sayang lebih besar dari segalanya
~dan DIA telah menciptakan insan yang selayaknya meraih kesetiaan cintamu
Tanyalah hati, kenapa sering kali mudah goyah tika disapa angin cinta? Adakah kerana hati kita kosong? adakah rohani kita tidak terisi dengan ilmu-ilmu berbentuk spritual [ketuhanan]? Jika ya, ternyata hati kita masih hidup dan ia minta disuap dengan ilmu-ilmu tentang Rabbnya, agar ruang-ruang kosong itu tidak sepenuhnya padat dengan duniawi tapi ukhrawi juga..insyaALLAH pada masa yang sama mohonlah kekuatan untuk melawan godaan cinta manusia tika hati tidak rela dengannya :)
terimas atas pesanan dan ingatan anda.
Post a Comment