Salam reader's (:
ape kes nie tajuk entry aku nie. patah seribu lak? putus cinta ke ape? takdelah. saje je letak lagu nie dalam blog aku nie. tak kan tak perasan lak. tak dengar? cuba check speaker tuh, bukak ke tak? hehe. saja nak promote'kan lagu nie. tapi ade ke Shila Amzah tuh nak bagi aku komisen cket? yang adooo lah kan. hehe.
actually, aku tetiba terkenangkan pelbagai peristiwa lampau yang membuatkan aku rasa nak bunuh semut-semut kecik kat umah aku nie. errrr~~ rasa macam tak boleh blah langsung. kenapa lah aku dijadikan mangsa oleh hamba-hamba Allah itu. aku ada buat salah kat depa ka? try habaq mai kat ceq. haaa, kan dah keluar abes aku punya loghat penang. huahua. aku bukan apa, aku cuma terfikir kenapa lah aku??? mungkin Allah nak uji aku. ujian yang dia bagi nie nak tengok tahap kesabaran dan keimanan aku. ya, mungkin aku kuat, sebab itu aku diuji sedemikian rupa. aku tak nafikan. aku memang seorang yang sangat penyabar. *dulu la kot. aku tak nafikan, sekuat mana aku bertahan, tapi air mata aku tak mampu aku tahan. cara aku cakap agak kasar. tapi hati aku tetap lembut. aku si gadis yang punya hati dan perasaan yang mudah tersentuh. bila aku tak mampu menahan diri daripada diuji, air mata aku mudah sungguh mengalir. tapi aku tak menangis di depan orang lain. biar mereka hanya tahu kisah duka aku, tapi aku takkan biarkan mereka melihat air mata aku. air mata aku bukan untuk dikongsi bersama mereka. aku sekadar meluahkan perasaan. memang aku tak boleh kalau aku tak luah perasaan bila aku ada masalah. sebab bila aku luah, aku rasa PUASSSSS sangat ! terima kasih kepada mereka yang sudi mendengar luahan hati aku dan memberi kata-kata semangat untuk aku.
aku cuma harapkan Allah kuatkan hati aku untuk terima semua nie walaupun payah. takpa, aku terima seadanya, sebab bila ujian tuh datang, aku tawu Allah masih sayangkan aku sebab tu aku diberi ujian. Allah concern towards me. thanks to Allah. (:
Wassalam.
No comments:
Post a Comment