September 15, 2011

solat.


Salam reader's

okay, first of all, aku nak mintak maaf banyak-banyak kepada semua yang membaca blog aku selama nie. kalau ada di antara tulisan aku nie menyinggung perasaan kalian, aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. sekali lagi aku nak mintak maaf kepada bakal pembaca entry aku kali ni pulak. kalau terasa, aku mintak maaf banyak-banyak.


SOLAT. kenapa kita selalu lalai dari solat? sedangkan perkara itu adalah WAJIB ditunaikan oleh umat Islam sehari 5 waktu. sehari ada 24 jam, tapi susah sangat ke nak luangkan masa selama setengah jam untuk bertemu Allah? satu waktu, 5 minit jer. darab la dengan lima waktu. kita sebagai umat Islam, kena la saling ingat mengingati. kalau sahabat kita terlupa, kita ingatkan. kalau kita terlupa, ingat-ingatkanlah sahabat kita supaya ingatkan kita. same goes to me. aku buat blog nie, bukan sekadar untuk bercerita kisah peribadi aku, tapi dalam masa yang sama, tak salah rasanya untuk buat satu entry yang macam ni. aku bukanlah seorang ustazah untuk berdakwah. aku sendiri kadang-kadang lalai. tahu kena solat, tapi abaikan. tapi benda yang akan buat aku sedar tentang solat dan MESTI solat adalah seksaan kubur. cukup-cukuplah dosa yang sebelum ini. sesungguhnya kita ni manusia yang tak sempurna. sering melakukan kesilapan. kita tak pernah merasa seksaan kubur, sebab tu kita lalai. tapi kalaulah kita pernah merasa, tentu sekali kita tak akan tinggal solat. aku sentiasa berdoa kepada Allah agar Allah kuatkan iman aku, tetapkan hati aku, ingatkan aku pada-Nya. tak kira kalau aku ada kat luar sekali pun, hang out dengan kawan-kawan. dekat luar pon banyak kemudahan surau dan masjid. jangan cari alasan, takda tempat solat. Islam ni agama yang mudah. simple. tapi manusia yang menyusahkan diri sendiri.


kadang-kadang bila aku fikir balik, aku bersyukur sebab semakin aku dewasa, semakin aku tawu macam mana nak urus diri sendiri. maksud aku, kalau solat, tak perlu mak & abah aku nak suruh-suruh lagi macam dulu. orang kata dah tak liat. sampai bila nak mintak orang suruh kita solat. masing-masing dah besar, dah ada otak & akal untuk berfikir. dah tawu fikir benda baik atau buruk. jangan cakap kat orang, diri aku sendiri tak reti-reti jugak nak fikir mana baik mana buruk. semua buat ikut hati. tak guna akal fikiran. kadang-kadang bila marah, buat sesuka hati ja. but yet, i still can manage myself. Alhamdulilah.


percayalah, kalau kita solat, kita akan rasa tenang. rasa ketenangan yang sangat berbeza. Allah akan sentiasa ada dengan kita kalau kita ingat Dia. kita sebenarnya boleh dan mampu buat yang terbaik untuk diri kita. tapi kita lalai. apa-apa yang kita buat kena lah ada tujuan dan matlamat diri. seelok-eloknya, bila kita buat sesuatu perkara tu, buatlah untuk tujuan kebaikan. bukan untuk tujuan nak kena puji, sebab tu semua tak ikhlas. apa yang penting redha Allah. apa yang kita buat, semuanya kita nak redha Allah. kalau Allah meredhai apa yang kita buat, semuanya akan berjalan lancar. InsyaAllah.


maka dengan itu, ingat-ingatlah untuk SOLAT tanpa disuruh oleh orang lain. sedar diri. kalau kita dah lama tak solat, jangan malu untuk bertanya. kalau kita tak tanya, sampai bila-bila kita takkan pernah tahu untuk tunaikan solat. paling mudah, beli buku amali solat. apa nak malu. lebih baik malu dengan Allah, kalau kita tak solat. dengan cara memerhati orang lain solat pon boleh, lama-lama kita sendiri tawu macam mana nak solat. baiklah, setakat itu sahaja entry aku kali ni. mudah-mudahan kita tak berat nak tunaikan solat. insyaAllah. :)


Wassalam.




Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: