November 26, 2011

tagged request.



Salam reader's
:)

okay, memandangkan hari ni aku agak free untuk update blog aku nie, aku ada teringat mesej dari makcik nie sorang yang pesan kat aku, suruh aku copy paste soalan tagged dia. so, sebab tuh la ari nie aku free nak buat benda alah nie. actually da lama da tak buat solan tagged kat orang nie. rindu jugak la. sebabnya kan, dulu-dulu kala, kalau tak tawu nak cita apa kat blog nie, aku suka cari soalan tagged macam nie la.

okay la, tanpa membuang masa, mari kita lihat apa soalan tersebut yer. tapi macam biasa ada la rules dia kan. moh kite nengok.

|
|
|
|
V


RULES OF THIS GAME

1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answer the question that the tagger have set for you
4. Create 11 new question for the people you have tagged to answer
5. Choose 11 blogger to be tagged and link then on the post
6. NO TAG BACK


okay, sekarang masanya aku nak jawab soalan no dua tuh. nak kena cita serba sikit pasal diri sendiri. ini diaaa...

1. Nama diberi Nurul Syahirah binti Sabdin.
2. Sudah berpunya tapi tak kawen lagi.
3. lahir tahun 1992 dekat rumah sendiri ( tak sabor sabor da nak tengok bumi )
4. suka buat aktiviti luar. kalau dok rumah mesti boring.
5. suka masak, tapi tak pandai masak. ( tak faham ? )
6. melalak atau bahasa sedap dia menyanyi adalah kesukaanku.
7. ada lesen motor dan kereta. ( pemandu berhemah taw tak )
8. amat menyayangi keluarga terutamanya mak abah !
9. mempunyai impian melangkah masuk ke Universiti. (insyaAllah )
10. nak ada kereta sendiri. ( harap-harap berjaya )
11. seorang yang sangat sayangkan budak-budak.

soalan yang ditanya :

1. Kamu kerja, pernah cukup duit sampai hujung bulan?
- errr, sorrry. tak pernah kerja pon. hehehe. menghabiskan duit mak abah jer. :p


2. Siapa idola kamu, dalam hal perniagaan dan memajukan diri (max dua(2) orang sahaja)
- alamak! soalan nie macam susah jer. takpa, kita try eh. kalau dlm bisnes, pengasas aura seri iaitu Datin Ira & suami. kalau dalam bab memajukan diri rasanya semua orang yang berjaya la. takda personal idol. hehehe. :p

3. Jika haku terbitkan Komik haku sendiri, pasti ka kamu nak beli?
- mesti la beli. lu kan kawan gua beb ! :)

4. Apa pendapat kamu, tentang Pemuzik Indie tanahair kita?
- COOL & BEST ! (tuh pon kalau lirik dia bagus la, kalau merepek-repek, baik makan kerepek )

5. Kartun/edisi komik apa yang paling kamu minat time sekolah?
- tak minat sangat baca komik. tapi ada la jugak sikit-sikit. doraemon dengan gempak

6. Jenama baju/seluar apa yang korang beli paling mahal?, berapa ratus/ribu?
- ada ! baju kurung moden beli kat Parit Buntar. dalam seratus enam puluh kot. tapi pakai duit mak la. den tak mampu. hehehe. :p

7. Cita-cita kamu pernah tercapai tak, apakah cita-cita itu?
- cita-cita den jauh lagi, selagi belum masuk U. tapi setakat nie nak dapat kereta sendiri belom mampu, alhamdulillah, parents bagi kepercayaan guna kereta anytime. kui3. :p


8. Apakah nilai atau barang berharga, yang kamu sumbang pada Keluarga kamu?
- makkkk aaiii ! tak keja lagi la. aku yang meminta sumbangan ada la. tapi insyaAllah, lepas STPM nanti nak keja, ada duit sikit, boleh la belanja makan ke apa ke, kan. bagus tak aku ? :p

9. Suka dan pernah buat deko/hiasan/design/susun atur bentu dalaman rumah kamu?
- pernah la. tapi dalam bilik jer sendiri la selalu. satgi mak bising. hohohoho.

10. Pernah belikan baju Raya untuk kedua IbuBapa kamu?
- untungla hang cycy, boleh beli. aku??? tak pernah. nak beli pakaian kecik kat depa pon tak terbeli. hahaha. macam mana tuh. lalalalala~~

11. Pandangan kamu, Blog haku nie kearah Keseniaan atau Pribadi haku saja?
- aku rasa la kan, ke arah peribadi la. seni-seni tuh tak nampak g. tapi bab memasak, gua salute lu babe. ( masak sikit kat i boleh ? hehehe. )


Okey berakhir sudah soalan-soalan yang cepu mas, perak dan gangsa oleh beliau. sekarang aku kena ikut rules dia yang no empat tuh plak. membina soalan sendiri. jenuh aku. takpa, kita cuba.


1. kalau la diberi RM 1 juta, apa yang korang nak buat dengan duit tuh ???

2. bila agak-agak anda nak menamatkan zaman bujang ???

3. kalau anda ada gf/bf, benda apa agak-agaknya yang paling special anda pernah buat or bagi kat dia ?

4. sepanjang hidup anda, benda yang paling best or mencabar yang pernah ada buat.

5. senaraikan lima kawan terbaik anda.

6. senaraikan lima orang tersayang anda.

7. kenapa anda pilih untuk berblogging ? siapa yang inspired anda ?

8. kenangan kat sekolah yang paling best ?

9. ciri-ciri gf/bf anda yang paling anda suka ???

10. dalam hidup anda, benda apa yang anda rasa nak ubah? ye la, kita kan tak perfect.

11. perkara yang anda paling paling paling paling nak buat dan masih tak terbuat ??


okay. da berjaya jawab soalan-soalan berikut. rasa lega sangat. susahnya bila nk reka soalan kat hampa. soalan aku tak la best sangat. tapi boleh la kan.

so sekarang aku kena tagged pulak 11 blogger untuk jawab soalan aku. nie dia :







junior Syahirah

DONE !

punya la lama aku mengadap PC nie sebab nak cari blogger yang aku rasa boleh jawab. Al-maklumlah aku punya blog nie, pengikutnya tak la ramai kan and aku tak berapa nak kenal. nak kenal dengan saya ?? jom, kenal. tinggalkan mesej anda di 'shoutbox' kat sebelah tuh yer.

selamat menjawab yer rakan-rakanku.
(:


Wassalam.



Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

2 comments:

afa rashid said...

Eh. Kalo aku tagged orang yg sama unk tagged tak pa kan. Hehehe. Follower aku bapa kerat ja pon.

a m o i c e l u p said...

boleh jer. tp xboleh tagged aku balik ler. :p