Assalamualaikum reader's. (:
Salam Jumaat buat semua. semoga hari ini hari yang indah buat anda semua lalui. InsyaAllah. (:
memandangkan hari ini hari Jumaat yang mulia, aku ingat nak kongsi sesuatu dengan korang. ? just nak kongsi ilmu yang aku ada, untuk korang baca dan secara tidak langsung korang jugak boleh sebarkan. sebelum tu, aku nak mintak maaf kalau entry aku kali ini bakal mengganggu perasaan korang. tidak langsung berniat sebegitu. sekadar menyampaikan.
C.O.U.P.L.E.
korang semua tahu kan. kalau sebut pasal isu di atas ni, semua dah terbayang si teruna dan si gadis. okay, secara jujurnya, aku pon pernah terjebak dalam 'istilah' di atas. biasa la, darah muda kan, semua nak cuba. tengok orang ada pasangan, kita pon nak ada jugak. tapi bila semakin aku meningkat usia, semakin banyak aku belajar pasal agama aku sendiri. aku tak nak la jadi manusia yang hanya Islam pada nama, tapi pada fitrahnya tidak. benda tuh akan jadi sesuatu yang sangat memalukan. macam tuh la jugak, dalam berpakaian. kata Islam, tapi pakaian tak melambangkan Islam pon. nak cakap cara berpakaian aku 100% tutup aurat, memang tidak. tapi dalam hati sering kali berniat untuk berubah ke arah kebaikan. satu-satu aku ubah. mudah-mudahan Allah sentiasa memberi hidayah kepada aku. sejak akhir-akhir ni jugak, aku perasan yang aku berkawan dengan kawan-kawan yang baik-baik jugak. Alhamdulilah. mungkin tuh satu pemberian Allah untuk mendampingi aku.
berbalik pada istilah couple ni, sedikit sebanyak aku jugak pernah melakukan kesilapan yang kadang-kadang aku rasa tak salah. bila syaitan dah membisikkan itu ini, dan tanpa iman yang kukuh, maka segala perlakuan yang dikatakan tak salah tuh terjadi. ya. sering kali aku berasa teramat bersalah dan malu dengan Allah dan diri sendiri. betapa berdosanya aku. semakin hari, semakin aku sedar akan kelemahan diri. aku banyakkan mendekatkan diri dengan ilmu Islam. apa yang salah, apa yang dosa. kadang-kadang aku tawu, benda tuh salah, tapi still nak buat. biasa la kan, ikut sangat trend. memang kalau diingatkan balik, menyesal sangat. kalau tengah hangat bercinta memangla. tak dapat dinafikan, pasangan kita memang dah baik sangat-sangat, boleh jaga kita, romantik, baik hati, hormat orang tua , penyabar dan sebagainya. tapi tuh la, bila dah couple, dah sayang pulak. bila dah sayang, susah nak lepaskan. bila dah sayang tuh la kita dapat hidayah, dan kita diduga untuk melepaskan seseorang yang kita sayang.
aku ada terbaca beberapa kali pasal isu couple ni dalam majalah bercorak islamik, malah dalam bentuk video pon ada. Couple itu salah di sisi agama. sebabnya, itu budaya barat. dan faham-faham sendiri lah kalau dah nama orang barat, yang haram jadi halal. Alhamdulilah, aku panjatkan syukur kepada Allah kerana tidak lagi berada dalam keadaan tersebut. walaupun payah kita nak lepaskan seseorang yang kita sayang, tapi kalau niat kita kerana agama dan Allah, insyaAllah, dipermudahkan. aku jugak dah share satu cerita pasal pasangan suami isteri muda ni dekat FB. umur sebaya dengan aku. tapi diorang kawen gantung. itu pon ayah si perempuan yang sarankan sebab tak nak tengok anak dia buat maksiat dan dosa. bila aku baca dan baca kisah dia, memang terus aku terasa sesuatu. mungkin hidayah Allah lagi. aku tak tawu la kan. diorang bertuah sebab dapat family yang sangat supportive untuk kes macam ni. dua-dua family beragama. tapi aku tak sure mak abah aku pon macam tuh. wallahualam.
apa yang aku nak sekarang ni, just capai impian aku untuk jejakkan kaki aku ke menara gading. itu AIM aku. aku tak nak fikir dah pasal cinta-cinta ni. yang aku tawu, Allah dah tetapkan seseorang untuk aku. dan aku tak nak couple, sebaliknya terus dinikahkan. itu lebih bagus. aku bukan mencari boyfriend, tapi aku mencari seorang suami yang boleh menjaga aku dan keluarga aku hingga akhir hayat. sesungguhnya aku nak sangat yang ada agama. sebab aku percaya dengan agama sahaja yang mampu memimpin aku hingga ke syurga, InsyaAllah. walaupun umur aku bakal menjengah 20, tapi rasanya tak salah kalau aku nak cakap pasal benda ni. perkahwinan tak kenal usia.
Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan Rasulullah bersabda: “Barang siapa di
antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan
ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari
godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi)
aku sendiri tak pernah mimpi pon nak kawen dalam usia muda ni. tapi kalau Allah sudah tetapkan, aku nak tak nak, kena terima. itu sudah takdir. aku jugak tak langsung risau tak ada pasangan sekarang ni. aku lebih selesa dan tenang macam ni. semoga Allah tetapkan iman aku. aku dah tak nak ulang kesalahan yang dulu. cukup-cukuplah dosa yang terlampau banyak di dunia ni. sekarang masa untuk cari pahala sebanyak mungkin dan mengurangkan dosa yang sedia ada. tak nak la nanti amalan aku sikit sangat berbanding dosa yang banyak. nauzubillah. jauhkanlah tu semua. tak sanggup aku nak tanggung seksa.
couple tuh memang seronok sebab rasa disayangi. tapi percayalah semua tuh semata-mata di dunia. dosa pulak yang dapat. yang halal nanti semuanya pahala. kita seronok-seronok dekat dunia, ada tak fikir amal ibadat kita untuk akhirat ? tak salah nak bergembira, tapi jangan lupa Tuhan. jangan berlebih-lebihan. agama juga sukakan sesuatu yang sederhana. jadi bersederhanalah.
sekadar menyampaikan. cukuplah untuk setakat ini. aku doakan kita semua dalam lindungan Allah dari dosa.
Assalamualaikum. (:
2 comments:
Betul apa awk tulis ni.. Tapi budak zaman sekarang, tak heran semua ni.. Harap tak terjebak la kan.. Pesanan untuk sy sendiri.. :D
Boleh share tak link atau kisah pasangan kahwin awal tu, mcm menarik je (:
ya, takpa. harap masing-masing dapat hidayah. semua orang melakukan kesilpan.
http://myraluvherlife.blogspot.com/2011/12/truth.html
http://myraluvherlife.blogspot.com/2011/08/kini-aku-bergelar-seorang-isteri.html
Post a Comment