January 17, 2012

terima kasih


Assalamualaikum reader's.


Alhamdulilah, hari ini kakak masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini dan melihat keindahan ciptaanNya. Subhanallah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini. InsyaAllah, tidak akan ku persiakannya.


bercakap soal terima kasih ni, kakak sebenarnya nak tanya, susahkah kita untuk mengucapkan TERIMA KASIH kepada orang lain. tak susah kan? tapi mungkin sebab malu dan ego tu yang menyebabkan kita susah sangat nak ucapkan perkataan tuh. kakak sendiri pon pernah jugak susah nak cakap terima kasih dekat orang. tapi bukan sebab ego la rasanya, sebab malu. kakak kan pemalu. hehehe.


okay, coretan kali ini kakak nak dedikasikan ucapan terima kasih kepada orang-orang disekeliling kakak. mungkin entry kali ni akan panjang berjela, but who cares. kakak nak orang yang kakak sayang, baca ini dan tahu bahawa kakak sangat-sangat menghargai mereka kerana berada dalam kehidupan kakak selama ini. (:


Terima kasih yang pertama sekali adalah kepada Allah SWT. Alhamdulilah, syukur kepadaNya yang tidak terkira kerana dengan izin-Nya sahajalah kakak masih bernyawa di dunia ini dan dapat meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga serta sahabat-sahabat. Terima kasih kerana memberi hambMu ini peluang dan kesempatan untuk berbahagia di samping yang tersayang. Terima kasih kerana Allah masih sayangkan kakak dan memberi kakak peluang yang banyak untuk melalui pelbagai pengalaman, memberi akal, memberi kesempurnaan fizikal dan sebagainya. Allahuakbar !


seterusnya, terima kasih yang tidak terkira kepada kedua ibu bapa kakak yang tercinta, ayahnda Hj Sabdin b. Baharum dan bondaku Hjh Meryam bt Hj Harun kerana menyempurnakan hidup anakndamu ini. tanpa kalian berdua, tiadalah anaknda di sini. terima kasih kerana menyayangi kakak dengan kasih sayang, memberi perhatian, memberi didikan agama kepada kakak serta menghantar kakak ke sekolah untuk mendalami ilmu dunia, mengorbankan kerja kalau kakak sakit, marah kakak, nasihat kakak. terima kasih kepada kepada bonda yang telah sudi mengandungkan kakak selama 9 bulan 10 hari, dengan sakitnya melahirkan kakak. sebenarnya ucapan terima kasih tidak cukup untuk menghargai pengorbanan mak, tapi ini sebahagian yang kakak mampu lakukan. insyaAllah, kakak akan menjadi anak yang solehah untuk mak dan abah. terima kasih untuk abah sebab begitu menjaga soal didikan agama terhadap kakak. kalau tiada didikan itu, sudah tentu kakak menjadi orang yang tiada agama dalam hidupnya. terima kasih kerana memberi nafkah kepada keluarga semata-mata untuk membesarkan anak-anakmu. tahulah, anakmu ini degil dan semakin membesar menjadi anak gadis yang semakin matang, terima kasih sebab faham. maafkanlah anakmu yang kadang-kala menyakiti hati kalian berdua. tidak langsung berniat sedemikian. 


kakak ada tiga orang abang, sebagai ringkasannya, terima kasih untuk ketiga-tiga kekandaku, Mohamad Hafiz, Mohamad Hadri dan Mohamad Syahir sebab menerima kehadiran adik perempuan sulung dalam keluarga ini. terima kasih sebab sayang kakak seadanya. kakak sangat-sangat berbangga dan bertuah kerana dikurniakan ketiga-tiga kalian dalam hidup kakak. hidup orang lain belum tentu punya abang seramai ini. Alhamdulilah. terima kasih sebab sudi bergurau, bermain, bergelak ketawa dengan kakak selama ini. mungkin umur yang semakin meningkat tidak lagi sesuai untuk bergurau seperti usia kanak-kanak dulu. terima kasih sebab abang-abang sudi hantar ke sekolah dan ambil dari sekolah kalau kakak tak ada transport nak balik. kepada abang sulungku, terima kasih kerana memberi adikmu ini kakak ipar yang telah lama dinantikan. kakak mintak maaf kalau kakak ada buat salah dengan abang-abang sekalian. semoga silaturrahim kita sekeluarga tetap utuh hingga ke akhirat kelak. insyaAllah.


buat adik kakak yang seorang ini, Khairunnisa. terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kehidupan kakak. terima kasih kerana menjadi peneman kakak. sanggup berkongsi bilik, pakaian, ilmu dan sebagainya. terima kasih kerana membantu kakak dalam segala hal. terima kasih kerana hadirmu menjadikan kakak seorang yang punya tanggungjawab terhadap adik sendiri. terima kasih kerana sudi menjadi pendengar ketika kakak mempunyai masalah yang kakak tak boleh share dengan orang lain. kamu satu-satunya adik kakak yang kakak sayangi dunia akhirat. tiada galang gantinya. kakak dengan rendah diri nak mintak maaf kalau ada teguran dan kata-kata kakak menyinggung perasaan kamu. cara kita berbeza, tapi perbezaan itu tidak langsung menjarakkan kita sebagai satu keluarga. 


terima kasih kepada keluarga jiran kakak yang satu-satunya ini. terima kasih sebab menjaga kakak sejak kakak lahir, bagi kakak makan minum, bawak kakak jalan-jalan dan sebagainya. sebenarnya kalian sekeluarga sudah pon kakak anggap macam keluarga kakak sendiri. itu yang pasti ! terima kasih sekali lagi.


terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi menjadi sahabat kakak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, friendster, YM, mypace, facebook, dan blog. kalau kakak nak mention nama, mungkin ada yang kakak tak ingat, sebab ramai sangat. terima kasih sebab sudi menjadi pendengar, peneman, penasihat dan sebagainya. terima kasih jugak sebab sudi berkongsi ilmu dengan kakak selama ini. sharing is caring kan? terima kasih sebab bahagiakan kehidupan kakak selama ni dengan perangai kalian yang macam-macam tuh. kakak happy dengan kalian.


TERIMA KASIH CIKGU ! yes. thanks so much to all my beloved teachers. tanpa ilmu kalian kakak tak mungkin jadi orang yang berilmu. terima kasih sebab sudi ajar kakak sampai kakak faham. teirma kasih sebab tegur kakak kalau kakak ada buat salah. terima kasih sebab sudi bergurau dengan kakak walaupun status kita berbeza. terima kasih kerana berkongsi ilmu kalian. kakak dah tak tahu macam mana nak hargai kalian semua. mintak maaf kalau kakak ada terkasar bahasa, salah bergurau dan sakitkan hati kalian dengan keputusan yang tak memuaskan kalian. im so sorry. im a leaner. there's must be some mistakes that I cant avoid. 


last but not least, kakak nak ucapkan terima kasih kepada semuaaaaa sekali sebab jadi sebahagian dari hidup kakak. maafkan segala kekurangan kakak selama ini terhadap kalian. kakak manusia biasa tak lepas dari buat salah. doakan kakak berjaya dunia akhirat. amin. terima kasih sekali lagi sebab sudi luangkan masa baca entry kakak kali ini. mungkin nampak pelik bila bahasakan diri macam ni, tapi baca je la yer. terima kasih lagi dan lagi !

Assalamualaikum. =)





Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

4 comments:

AL30 said...

Sama-sama awk.. huhu Saja perasan, taw dah takde nama sy. (:

First time baca esei bertajuk "terima kasih" yang panjang lebar.

p/s: Happy chinese New Year

Nak limau boley? plus choki2 juga. LoL.

a m o i c e l u p said...

terima kasih tu termasuk sekali la dgn orang yg sedang membaca nie. kan dah tulis, kawan2 blog. kalau nk tulis nama, memang lagi panjaaaaaang la entry nie. hehe.

Happy CNY too.

maaf yer, kali nie stok limau tarak, choki2 juga ada. kasi alamat la. baru boleh pos laju. hehe

AL30 said...

Hehe.. sama-sama. Terima kasih jugak rajin taip entry2 smua ni.. kalau free Insyallah singgah blog sini.

Hurm, tak mo menyusahkan la...lalala~ (:

a m o i c e l u p said...

hehe. mekasih la sudi baca blog sy. (: