February 16, 2012

people can changed



Assalamualaikum reader's
=)


sihat tak korang semua ? insyaAllah semua dalam keadaan sihat walafiat kan ? 

so, tanpa melengahkan masa, kita just straight to the point je la kan. kakak nak cakap pasal perubahan diri manusia. PERUBAHAN. ya, bila kita bercakap pasal perubahan ada dua jenis perubahan. sama ada perubahan ke arah kebaikan atau keburukan. tetapi kita mestilah nak perubahan yang ke arah kebaikan, betol tak ? 

perubahan ke arah kebaikan amatlah dituntut di dalam Islam, apatah lagi kita ni manusia yang sering leka dan membuat kesilapan. Alhamdulilah, kakak semakin terbuka dalam hal untuk berubah ni. kakak dah semaking matang. apa yang kakak buat, kakak nak buat semua sebab Allah. contohnya, sekarang ni kakak tengah praktiskan diri kakak untuk pakai stokin bila keluar. before this kakak pernah la pakai stokin kalau kakak pakai flat shoes kakak yang bertutup tuh. tapi kalau kasut biasa, kakak memang tak pakai. permulaan pakai stokin ni masa kakak pergi Penang baru ni dengan kawan-kawan kakak. kakak belajar pakai stokin even dengan high heels. tadi pon masa kakak pergi pasar malam, kakak berkira-kira jugak nak pakai ke tak ? so, kakak ingatkan diri kakak yang kaki perempuan juga aurat. kalau kakak tak tutup bila lagi kan? kakak dah tak peduli apa orang nak cakap sebab kakak tahu kakak berubah sebab Allah. kakak ikhlas berubah sebab kakak nak redha Allah sentiasa dengan kakak. insyaAllah. semakin dunia menghampiri akhir zaman, semakin kita lalai. kakak tak rasa dunia remaja kakak nie sepenuhnya harus dipenuhi dengan hiburan dan keseronokan. ingatkan diri tentang mati. mati akan datang pada bila-bila masa sahaja. sesaat pon tak lewat dan cepat. on time ! KUN FAYAKUN. itu semua kuasa Allah. tapi kakak harap kakak masih dipanjangkan usia untuk melalui hari-hari kakak bersama keluarga tersayang. insyaAllah. kakak cerita panjang-panjang ni bukan sebab kakak nak tunjuk diri kakak ni yang terbaik. tapi niat kakak nak share apa yang kakak alami dalam hidup kakak. setiap kali solat, kakak sentiasa berdoa dan harapkan Allah memberi hidayah kepada kakak, tunjukkan kakak jalan yang benar. hidup di dunia ni memang banyak pancaroba. ditambah pulak dengan hasutan syaitan, maka semakin susahlah manusia nak membuat kebaikan. sekali lagi kakak nak tegaskan yang kakak bukan orang yang baik dan bukan nak berbangga diri dengan perubahan kakak ni.


semakin kakak dewasa, kakak dah mula sedar, apa yang kakak lakukan di dunia ni kakak tak buat untuk diri kakak seorang, means kakak tak boleh nak selfish dah. kakak ada parents and family. kakak nak jadi anak yang terbaik untuk my family. kakak nak parents kakak bangga dengan kakak. kakak kalau boleh nak parents kakak always senyum bahagia dengan apa yang kakak buat. kakak nak dahulukan family kakak especially my parents. insyaAllah. segala keputusan yang kakak buat kakak kena fikirkan keluarga kakak jugak. kakak dah tak nak menyusahkan family kakak. I wish I could be like that.


kadang-kadang ada jugak terlintas dalam fikiran kakak ni apa kawan-kawan kakak akan cakap pasal perubahan diri kakak ni kan? diorang nak kutuk kakak ke ape? but, kakak fikir balik, kenapa kakak perlu risau dengan apa yang orang nak cakap sedangkan niat kakak berubah semata-mata sebab Allah SWT. kakak tak takot orang tak nak kawan dengan kakak, sebab kakak tahu yang Allah sentiasa ada untuk kakak. itulah orang cakap, apa-apa yang kita nak buat semuanya bergantung kepada niat. kalau baik niat kita, maka baiklah jadinya. kalau tak, sebaliknya la yang berlaku. kakak harap perubahan kakak ni kekal dan bukan untuk sementara waktu, insyaAllah. kakak hanya mahu bahagia di dunia dan akhirat. tiada apa yang kakak cari melainkan SYURGA ALLAH. 


setakat ini sahajalah coretan kakak buat masa ni. mintak maaf kalau kakak ada tersalah cakap or apa-apa sepanjang kakak terlibat dalam blogging nie. really sorry okay. Assalamualaikum semua. (=



Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: