December 1, 2011

bidan kucing

Salam reader's
(:


Allahuakbar! hari nie 1 Disember 2011 merupakan hari yang agak bermakna buat aku. sebabnya kucing aku yang sekor tuh dah pon selamat melahirkan anak-anaknya. tiga ekor semuanya. tapi apa yang mengelirukan aku dan family aku adalah siapa bapa kucing tuh ? sebabnya, sebelah umah aku nie semua kucing jantan. ingatkan kucing parsi yang bulu kembang tuh laki kucing aku, tapi bila tengok anak yang lahir tuh, takda pon kaler putih. ada la sekor, tapi ada tompok tompok hitam dengan oren. oren tuh sebab ikut mak dia la. yang dua ekor lagi tuh kelabu gelap.


jam 2.30 pagi aku terjaga dari tidur, sebab aku dengar suara kucing. aku ingatkan kucing aku yang bunyi, sebab dia kalau nak makan, mesti dia kejutkan aku. tapi kali nie lain pulak. suara slow jer. aku pon suluh la lampu handphone aku kat bawah. aku nampak kucing aku dengan sekor anak dia. kecikkkkk jer anak dia. kat tepi kotak tuh, ada la nampak titik darah dia. tak sangka aku dia beranak dah. malam tuh memang dia tak tentu arah la kan. betul la perumpamaan yang orang dok sebut sebut tuh. kalau dok tak diam tuh, macam kucing nak beranak. baru ku mengerti. hahaha. malam tuh dia naik atas loteng, turun naik turun naik. siap bising bising pulak. aku dah la tak faham apa yang dia cakap. bukak pintu umah, tak pulak dia nak keluar. bagi makan pon tak nak. tapi kalau berjalan nak ke loteng tuh dia ikut laju jer. sah da la tuh, nak beranak. memang malam tuh dia tak bagi aku tidur kot. aku kena teman dia masuk dalam kotak, belai belai dia, tepuk tepuk dia. kalau aku nak gerak masuk bilik jer, dia angkat kepala tengok aku, pastu mula la dia bising. aku pon terpaksa la jaga dia. kesiaaaan kucing aku. last- last aku decide amek kotak tuh bawak masuk dalam bilik aku. means aku still ada dengan dia. okay la, Alhamdulilah tak meragam dan bising macam awal awal tuh.


bila da sekor dilahirkan,aku pon tidur balik. dalam pukul 5.20 am macam tuh, aku terjaga lagi. tengok tengok da tiga ekor da. mak aku pon da bangun da. aku bagitau mak aku. mak aku terkejut sikit. follow aku masuk bilik. pastu mak aku dok cakap apa pon aku tak taw la. hehehe. untuk hari ni,aku kena jaga dia la. dia takleh nak pegi mana-mana la, sebab menyusukan anak dia kan. so, aku dengan rasa tanggungjawabnya, bagi layanan istimewa kat dia. hantar makan minum masuk bilik. ibarat puteri raja gituh. biasa la baru lepas dapat anak kan.


da habis cerita pasal kucing. kebetulan hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran sahabat baik aku, aten. so dengan ini aku dengan berbesar hati, sekali lagi nak wish dekat dia. HappY Birthday sayang. friends forever okay.



Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: