Salam reader's
(:
Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulilah. itulah ungkapan yang sepatutnya diungkapkan setiap kali kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini. setiap kita yang bernyawa ini haruslah bersyukur dikurniakan Allah umur yang masih panjang untuk melakukan amal ibadah di dunia ini. kalau itu yang dilakukan, Alhamdulilah. namun, kadang-kadang hati sedih melihat masih ada hamba Allah yang lalai dengan duniawi. tidak terkecuali aku. mungkin hari ini aku berasa yang aku antara hambaNya yang tidak kurang lalainya. sekalipun begitu, aku masih bersyukur kerana tidak terlalu leka dengan duniawi. bahan bacaan agama, pendidikan agama mak dan abah masih terbuku erat dalam ruang hati ini.
aku terfikir sejenak. ada ketika dulunya, sahabat yang rapat turut terjerat dalam keseronokan duniawi. bukan mengiyakan diri ini terbaik, tetapi tidak se'gah mereka. nasihat pernah. tapi diendahkan. mengapa? pengaruh, mungkin. biarlah. kini ku hanya mampu berdoa agar dia diberi hidayah. Mudah-mudahan.
kata-kata begitu puitis. Mengapa?
Ya, aku akui, tulisan kali ini amat berbeza dengan sebelumnya. tulisan kali ini sekadar merenung kembali perjalanan hidup selama hampir 20 tahun. Alhamdulilah, ya Allah. terima kasih tidak terhingga kerana masih memberi hambaMu ini peluang bernafas di atas duniaMu ini. memberi peluang untukku beribadah kepadaMu. semoga kau tetapkan imanku ya Allah.
mata tiba-tiba terpana apabila terbaca sebuah majalah agama yang dibeli emak. melihat isi kandungan. helaian demi helaian ku selak. sesuatu yang membuat ku terbayang. bagaimana keadaanya kelak ketika di akhirat. apakah nasib hidup ini. syurga atau neraka yang menjadi 'kediamanku' ? mudah-mudahan Allah menerima segala amal ibadatku. Allah ampunkan dosa-dosaku yang lalu. Allahuakbar. tidak malu untukku akui, air mata sudah bergenang di kelopak mata, memikirkan nasibku kelak. cukupkah amal ibadatku? apakah aku layak bergelak penghuni syurgaMu? tiada siapa yang berharap untuk hidup di dalam neraka yang celaka itu. sesungguhnya terlalu pedih. pedihnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. namun, mampukah kita menjadi salah seorang penghuni syurga indahNya. wallhualam, hanya Allah yang berkuasa membuat perhitungan itu.
aku takut, ya Allah. ya! aku takut dengan seksaanMu.
Abah, abang-abangku. maafkan aku, kerana kalian terpaksa menjadi orang yang bertanggungjawab menanggung dosa-dosaku. aku merasa berdosa terhadap kalian.

" Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka. janganlah ditambah dosa-dosaku bagi mereka. sesungguhnya kami hambaMu yang hina disisiMu. Ya Allah, bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai dan bukan ke jalan kehinaan. Jauhkanlah aku dari orang-orang yang melupakanMu. dekatkanlah aku dengan orang-orang yang sentiasa mengingatiMu dan mendekatiMu. kurniakan juga aku pasangan hidup yang mampu membimbingku ke jalanMu. Allahuakbar! makbulkanlah doaku ini Ya Allah. lindungilah aku selalu. ampunilah aku. jauhkan aku dari bisikan syaitan. dekatkan aku denganMu. Amin, amin. Ya rabbal a'lamin... "
tiada kata lain mampu diungkapkan, selain kalimah-kalimah agung memujiMu. semoga kita menjadi antara hambaNya yang berada di bawah naungan Arasy. insyaAllah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment