Salam reader's
(:
hai, nama saya siti ! kenal saya tak ? of kosss la tak kenal kan ? hehehe .
okay. ari nie saya dah jadi agak mereng. why ? tell me why ? because i have no idea to write off here. do you have any idea ?
ya, baru teringat. first of all nak ucapkan takziah kepada sahabat aku yang juga merangkap jiran aku atas kehilangan ayahandanya pagi tadi. pukul berapa aku tak tawu la. tapi dalam pukul 9 a.m. macam tuh abah aku bagitau. Al-Fatihah, moga-moga rohnya dicucuri rahmat. insyaAllah.
sebagai hamba Allah kita kena la bersedia terhadap apa sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. tak semestinya yang sihat sihat nie akan hidup lebih lama. dan tak semestinya yang saki akan pergi dulu. nak mati nie tak kenal usia. muda muda pon boleh mati. semua nie kuasa Allah. jadi, bila dah tahu macam tuh kita kena sentiasa buat persediaan untuk menghadapi mati. macam ada satu riwayat nie, ada mengatakan ' buatlah amal sebanyak mungkin di dunia ni seolah-olah kamu akan mati pada esok hari '
aku bukanlah ustazah atau orang yang banyak ilmu untuk memberi nasihat. tapi apa yang aku tahu aku sampaikan. harap-harap kita semua sama-sama menjadi lebih baik.
satu perkara yang kena ingat selalu, hidup di dunia ini bukan untuk keseronokan semata-mata, tetapi lebih kepada persediaan untuk hari akhirat kelak. kalau dekat dunia asyik seronok ja, macam mana dengan amal ibadat kita. padahal benda tuh la yang nak dibawa ke sana nanti. peringatan nie untuk diri sendiri jugak. aku bukanlah insan yang sempurna. sama-samalah kita saling ingat mengingati.
sampai satu masa kita akan berada pada situasi malaikat Izrail akan mencabut nyawa kita. pada saat itu, tiada apa yang boleh membantu kita. nak cepatkan atau nak lambatkan panggilan Illahi memang tak la. sesaat pon tak lebih dan tak kurang. sebab tuh la, penting di sini persediaan. moga-moga Allah tarik nyawa aku dalam keadaan yang tenang. tapi itu semua hanya satu harapan dan doa, sedangkan Nabi kita sendiri mengalami sakit yang teramat ketika malaikat mahu mencabut nyawa baginda. masyaAllah. permudahkanlah segalanya Ya Allah.
mengubah diri kepada sesuatu yang lebih baik amatlah dituntut. perubahan itu tidak perlulah bertangguh. lebih baik dipercepatkan. ye la, benda baik buat apa nak dilengah-lengahkan. umpamanya membina masjid la kan. tak perlu takut untuk berubah dek ejekan orang sekeliling. yang penting kita tahu kita buat semua perubahan untuk diri sendiri dan semata-mata kerana agama dan Allah. pengorbanan kita tuh lebih besar pahalanya nak dibandingkan dengan mulut yang banyak berkata-kata. tapi benda nie jugak jadi pada diri aku. terlalu memikirkan benda lain. perubahan kadang-kadang tertangguh. ada kalanya terlupa terus. Ya Allah!
tiada apa yang diharapkan melalui entry yang aku tulis hari ini. doaku agar kita sama-sama bersedia menghadapi hari mati kita. macam mana kita buat persediaan untuk exam, nk kena baca buku dulu kan. macam tuh jugak la mati. banyak-banyak la amal ibadat untuk kesenangan kita jugak. semoga kita mendapat tempat dalam syurga Allah. amin, insyaAllah. (:
wallahualam
Wassalam. =)
No comments:
Post a Comment