January 2, 2012

bersarang

Hai reader's ! Assalamualaikum wbt semuanya.

Wahh, dah lama gila kan tak update blog nie. konon dulu lepas STPM nak aktif balik la dengan blogging nie. tapi ceq pon tak tau la awat ceq tetiba jadi tak reti pulak nak update blog nie. macam biasa la. bila da bukak blog orang lain, baru teringat nk update blog nie. dan inilah sebabnya aku update blog. haha. giler betol. kalau tak bukak blog orang, memang tak la aku nak update blog aku nie kan. malaasssss betol minah nie. haha.


by the way, rasanya masih belom terlambat lagi kan untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua yang mengenali diri ini mahu pun tidak. especially kepada awak yang sedang membaca entry saya kali ini. hehe. diharapkan tahun baru kali ini menjadi satu wajah kehidupan yang baru dalam hidup kita dan menjadi pembakar semangat untuk kita berjaya, insya Allah. kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. dan tidak dilupakan jugak buat adik-adik yang bakal memulakan alam persekolahan pada sessi 2012, selamat kembali ke sekolah. hehe. belajar rajin-rajin tau. jangan malas-malas. alahaii, rindu pulak aku kat sekolah kan. kalau dulu lepas SPM aku masih berkesempatan merasai nikmat persekolahan. tapi lepas STPM mana ada dah nak rasa semua tuh. selamat tinggal alam persekolahan. sekarang nie aku secara rasminya adalah penganggur terhormat yang amat berjaya. haha. walauponnnn. ala, bukan selama-lamanya nak macam nie kan. memang nak kerja pon. tak kan dok rumah jer. aku ngak betah deh duduk di rumah lama-lama. haha. tudia, penangan citer indon kat astro. NADA CINTA! haha. tak boleh blah langsung kan. well. randy pangalila, i love you. haha. ciss ! tetiba ja kan.


okay, what more else?


ya ya! dalam sedar tak sedar pada tahun ini jugak aku bakal menginjak ke usia yang lebih MATANG! angka dua puluh. walawehh. aku mula-mula memang tak boleh terima hakikat nie hampa tau dak. sebab apa ? ha la, dah takda angka satu-satu dah kat depan umuq aku tuh. gila nampak tua kot bila ada angka dua kat depan. walaupon baru first time. haha. rasa macam kena kawen dah bila umur dua puluh nie. boleh teraaa tuh. memang meraban betol la aku nie kan. dok pikiaq pelik-pelik sapa suruh. haha.



bila dah nak masuk umur puluh-puluh nie, baru la ada semangat sikit nak belajar masak. bukan main masak-masak naa. aku boleh la masak sikit-sikit. tapi tak la pro. kot mana pon, aku makan masakan mak aku jugak. kadang-kadang megi tuh pon suruh mak aku masak. hehe. alamak! bocor la rahsia denn. takpala jujur kan. bukan manja, tapi malas. seriously. malas aku jadi bila mak aku ada la. bila mak takda kat umah, kena buat sendiri la. tara nak tunggu mak aku balik keja masak,memang lapar la aku kan. lagipun tak lama lagi kalau ada rezeki, dah nak masuk U kan. so kena la berdikari. masak-masak semua nie mesti kena ada dalam tangan dah. aku kalau tak tau masak, aku search ja internet tuh. belajar la kat situ. so takda la alasan tak reti nak masak. buku resipi pon ada. beli ja la kan. senangggg! mana la nak tau, kalau jodoh aku awal, tak kan tak reti masak lagi kot. kalau dapat mak mertua yang sporting, bagus lah kan. memang tuh la aku impikan. boleh gelak sama-sama. tak jeles-jeles dengan aku bila dengan anak lelaki dia. haha. paling penting boleh terima aku seadanya dan tak mengumpat. maklumlah, makcik-makcik nie bila petang-petang ja, dok buat mesyuarat umum. nampak orang lalu lalang, mula la dok cakap bukan-bukan. banyak benda lagi boleh buat, nie dok tak dok, p dok cakap hal orang. dosa tau makcik. =.=



azam tahun baru. bila tahun baru ja, semua akan tanya apa azam kita. tapi bagi aku, aku takda azam yang perlu diluahkan, cuma harapan, impian dan doa. kalau buat azam nie, belom tentu lagi kita buat. nanti cuma dipendamkan saja. tak best la macam tuh kan. so, aku just harap tahun 2012 ni nanti aku dapat result STPM yang best-best dan berjaya masuk mana-mana U tempatan. U swasta nie kalau boleh memang aku nak elakkan sangat la. kesian la kat parents aku kan. cukup-cukuplah dah spend duit banyak sangat kat anak-anak selama nie kan. harap-harap Allah makbulkan la doa aku untuk masuk U. tak kisah la U mana. dan yang paling penting aku harap aku tak pening la nanti bila nak pilih kos nak masuk U nanti. tuh pon satu masalah jugak. harap sangat Allah permudahkan urusan aku kelak. amin, insya Allah.


last but not least, jadikan tahun baru ini satu mukadimah hidup kita yang terbaik sepanjang hidup kita di dunia ini. ingat Allah, Rasul & parents kita. rajin-rajinkanlah amal ibadat kepada Allah. tanpa Dia, sehebat mana pon yang kita rancang, tidak akan menjadi tanpa redha-Nya.


Bye, wassalam. (:




Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: