Salam reader's =)
Hello semuanya. okay. sekarang baru nak betul-betul jinakkan diri dalam blogger nie even dah lama berkecimpung dalam bidang nie since 2008. lama jugak tuh kan. haha. tapi follower tak la ramai macam orang lain. biasa la tu. cerita tak best, orang tak cun, memang macam tu la. its okay. bukan buat blog ni untuk dapatkan follower yang ramai. just for fun. share cerita masing-masing dalam penulisan. itu sahaja.
okay la. kelmarin aku dah pon submit borang kerja aku dekat office. officer tuh cakap, apa-apa nanti diorang call la untuk inform anything. so, aku pon kena la bersedia untuk jawab panggilan. handphone lepas ni kena selalu la ada dekat dengan diri. sebabnya before this, aku bukan jenis orang yang pegang handphone 24/7. aku lebih suka relax. tengok tv dengan tenang. tanpa gangguan. tapi kalau tido tuh tak la pulak sampai off phone. mana tahu kot kot ada emergency call ke kan. kalau off, siapa yang susah. aku jugak kan.
hari ni aku cuba masak something untuk dinner. aku masak telur kurma. pernah dengar tak ? nak tawu rupa dia macam mana, search jer google. hehe. tapi lepas masak tadi, tak pulak tangkap gambar dia kan. malas la nak tunjuk kat orang. hehe. malu la. for first try, biasa la kan mesti ada kurangnya. kurang garam sikit. aku tak berani nak agak berapa banyak garam yang diperlukan. so, aku pon masuk sikit je la. kang masuk banyak, terlebih masin pulak kan. lagi pun aku serve untuk parents aku and adik aku. so, sesuai la dengan usia mereka. haha. adik aku tuh jenis sensitif dengan manis. so, kalau dia buat air, kadang-kadang tawar sikit la sebab dia dah rasa air yang dia buat tuh cukup manis da. aku pulak, sebaliknya la kan.
agaknya korang dah maklum kot, yang nanti aku akan ambil lagi dan lagi MUET test. haha. untuk kali ketiga aku ambil test nie. nak buat macam mana. demi masa depan. yang sebelum ni aku ambil, bukan fail. tapi macam kurang memuaskan. so, aku decide untuk ambil sekali lagi. mana tahu rezeki murah, aku berjaya kali ni. tapi bergantung pada usaha jugak kan. harap-harap Allah permudahkanla ujian aku tuh nanti. dah la kena bayar mahal. kalau dulu RM60, bila masuk tahun 2012, dah naik harga jadi RM100. gila betol naik harga mendadak. tapi, nasib baik parents aku menyokong aku dari belakang untuk ambil semual test nie. so, diorang support la duit pendaftaran tuh. moga-moga berbaloilah dengan apa yang diorang buat untuk aku. thanks abah & mak. (:
rasanya itu sahajalah catatan untuk kali ini. insyaAllah, kalau rajin aku update lagi okay. sayang korang. :)
Assalamualaikum.
2 comments:
hye kawan..
wah dah pnday masak upenye kwan aku nieh..
nnt bley la masak tuk rya t.
n 4 ur MUET all the best k...
aq sentiasa support kwan2 aku.. ^_^
LOVE U!!
hehe. terima kasih.
xda la pndai pon.
just try and error jer. hehe.
doakan aku untuk muet okay.
love u too !
Post a Comment