February 13, 2012

best hangout ever !




Assalamualaikum reader's yang comel-comel nie .
=)


kabare semua ? waras ya ? hehe, tetiba lak kakak cakap jawa nie pesal kan ? haha. alah, kita kan 1 Malaysia. lagipon itu je la yang kakak tahu cakap dalam bahasa jawa. 


okay,  kakak nak bagitaw korang yang kakak dah selamat balik dari holiday kakak dengan my friends. Alhamdulilah. I am so happy to be there with both of them. (:


hari pertama bermula dengan perjalanan kami ke rumah tok kawan kakak dekat gelugor area Minden Heights. memandangkan tok dia duduk sorang jer, so kakak agree la nak pegi stay sana untuk satu malam. kawan kakak dah inform dah dekat tok dia yang dia nak bawak kawan-kawan datang. so, she ask her grandma to cook something for lunch. Alhamdulilah, kakak sampai rumah tok pukul 11.20am macam tuh la lebih kurang. kakak pon tak ingat sangat the exactly time we arrived there. awal-awal dah nampak tok tengah buang sampah kat depan rumah. its nice to see tok smiling at us. kakak pernah pegi umah tok dulu-dulu masa zaman sekolah. tok pon still ingat lagi dekat kakak. okay, short cut! kakak solat zohor, lepastu baru makan. dalam pukul 3 macam tuh baru la kami bertolak keluar memulakan our hangout. hehe. so, tempat pertama yang dituju ialah Gurney Plaza. sampai-sampai kat sana, kakak raba-raba dalam beg kakak, oh noooo ! kakak tertinggal handphone kakak dekat rumah tok. jadinya, segala aktiviti kami hari tu takda la nak tangkap gambar ke ape. so saddd. tapi takpe la. esok masih ada. kami jalan-jalan dalam tuh sampai xtawu nak buat apa. sebab hari tu hari Jumaat, so kami kena stay dalam Gurney tuh at least after office hour. sebab petang-petang Jumaat memang akan sangaaattt jam ! memang tak terkawal. thats why la my mum selalu balik lambat hari Jumaat. town memang macam tuh kan. even kat mana-mana pon sama jer kan. 


first thing we do is survey movie ticket. kami survey la kot-kot ada la cerita apa-apa yang berkenan dihati untuk kami tengok sementara nak keluar lambat lagi kan. then, kami decide untuk tengok movie Chronicles. memang sangat best dan tak rugi beli. kisahnye pasal 3 sahabat yang ada super power la. tapi diorang je tahu. macam-macam diorang boleh buat. siap boleh terbang-terbang lagi. kalau ada yang 3D punya lagi best i thought sebab lagi nampak macam real.

lepas tengok movie, kami pergi kedai buku popular. kakak beli satu buku harga RM10 jer, tapi kakak guna member card so harga dia jadi RM8 jer. untungkann. kawan kakak izzati beli jugak buku. lepas tuh kami solat asar. actually kakak tak ingat sangat la mana satu kami buat dulu. sebab kami banyak lepak dan jalan-jalan dalam tuh. macam-macam dibuatnyer. hehe. singgah McD beli aiskrim jer, tak larat nak jalan da. 
masa maghrib tuh ingat nak solat jer dekat situ, tapi ramai pulak. so kami solat kat luar je la. ade la satu masjid kecik jer kat luar tuh. Alhamdulilah. lepas solat maghrib tuh kami pergi pulak ke Padang Kota Lama. punya la ramai. dah pulak ada event pasal motorbike. memang full la parking. nasib la ada parking kat area-area belakang tuh. kena pandai cari la. kawan kakak tuh nasib la dia pro la jugak. kakak ikut je dia. hehe. makan sotong kangkung kat situ. pastu kakak order char kotiaw yang tak sedap kat situ ! dah la mahal. RM9 sepinggan. udang besar 3 ekor, kerang dia macam tak masak jer pon, pahit ! tapi kena habiskan jugak la sebab mahal kott. meet our old friend, Tan David. dia belajar kat situ. sayangnya no pictures captured sebab kakak tak bawak phone laaaaa ! frust jugak la kan. haish. malam tuh pukul 11 baru balik. so, sampai almost 11.15 macam tuh la kot. then, rehat jap, pastu mandi then solat isya. pastu golek-golek atas katil, then tidooo ! esoknya ada lagi best nak buat ! hehe. zzzzz..



Alhmdulilah, bangun pagi tuh tok nak bawak kami pegi breakfast dekat Nasi Kandar Kayu ! yuhhhuuu ! terima kasih tok sebab belanja ! lepas tuh ajak la tok pegi sama, ikut kami pegi Bukit Bendera. tapi tok tak nak. nak buat macam mana. tapi ada hikmah kot tok tak pegi sebab anak sulung tok datang umah. kalau tak, kesian la dekat tok, tak jumpa anak menantu cucu dia. okay, for short cut lagi. kami pergi Bukit Bendera. makan tegah hari kat sana. nak save bajet, bawak bekal. solat zohor kat atas. semua kami settlekan dekat atas. sejuk la kat atas tuh. 
















korang tengok pict kat atas tuh, kakak terpaksa pakai wedges kakak sebab my flat shoes dah pecah tapak dia. dah tak selamat untuk digunakan. last kakak guna masa pegi Gurney Plaza tuh. memang kena cari flat shoes baru. so, lepas pegi Bukit Bendera kami pegi area Komtar. 1st kami pegi GAMA. kakak pegi beli flat shoes baru kat situ. warna coklat yang light tuh. bukan dark brown. then, masuk round-round dalam Komtar jap. apa yang kakak nampak Komtar tuh macam area orang tua cina jer. hehe. ramai jugak la. Nepal pon siap bukak kedai makan, kedai baju lagi kat dalam tuh. ngeri betol. haha. tak tawu nak buat apa dalam tuh, kami pon keluar la. rehat-rehat jap sambil minum-minum kat depan GAMA tuh. bangla banyak oii. haha. tapi kami jauh la dari diorang tuh. pastu kami balik la, singgah Pasar Chowrasta jap, beli buah berangan dekat tok. almost 6 jugak la kami baru sampai rumah tok. lepas maghrib kami pon balik rumah masing-masing.



Alhamdulilah, kakak seronok sangat. nanti insyaAllah, ada kelapangan nak pegi lagi dengan kawan-kawan yang lain sama. kesian kat diorang. kakak tagged gambar kakak dekat Facebook, jeles kemain. hehehe. InsyaAllah, kalau cuti semua ada, pegi ramai-ramai. tu je la kakak nak citer. jom la jalan-jalan Penang. best la Penang. kakak sayang Penang ! :D
Assalamualaikum. =)







Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: