February 9, 2012

tudung bergaya.



Assalamualaikum reader's
=)
 
 

apa khabar pembaca setia blog kakak yang tak seberapa ni ? sihat tak korang ? harap korang semua sihat la okay. baiklah, hari ni kakak nak buat satu entry pasal tudung bergaya. apa maksud kakak nie ? okay, korang kena baca sampai habis baru korang akan tahu apa yang kakak cuba sampaikan kat korang. tapi apa-apa pon kakak nak mintak maaf kat korang kalau korang terasa dengan apa yang bakal kakak tulis kat sini. ini hanyalah pendapat kakak semata-mata. sekali lagi mintak maaf banyak-banyak. 


okay, just straight to the point la kan. kakak sebenarnya suka sangat tengok perempuan bertudung. tambah-tambah kalau orang tuh dulu dia tak pakai, tapi dia dah mula berhijrah. itu satu perubahan yang sangat bagus bagi kakak. bukan senang orang nak berubah ke arah kebaikan. tapi ada jugak la persoalan yang selalu bermain di fikiran kakak ni. sebab apa orang tu pakai tudung ? adakah sebab fesyen atau sebab tahu akan kewajipan untuk menutup aurat ? kakak bukan nak judge orang tak tentu pasal. tapi kebanyakan girls yang kakak tengok sekarang ni dah mula tak nampak apa tujuan dan fungsi tudung itu terhadap mereka. hasil dari pemerhatian kakak, girls sekarang ni bertudung lebih ke arah fesyen. ya! fesyen itu tidak salah. nak lilit sampai sepuluh kali lilit pon, lilit lah kan. tapi yang penting ikut syariat agama kita. 


"Hendaklah mereka itu (kaum wanita) melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya." (Surah an-Nur, ayat 31)

 
dah terang-terang dah kan dalam al-Quran pon dah dinyatakan tentang suruhan Allah terhadap perempuan yang bertudung. kalau bertudung itu haruslah dilabuhkan sehingga ke bawah dada. tapi fenomena yang kakak tengok sekarang ni mostly tak labuh ke bawah dada. kakak tak lah perfect. kakak pon tak la pakai tudung labuh. but kakak pernah terlintas nak mencuba pakai tudung yang agak labuh. sekarang ni kakak hanya pakai tudung bawal biasa,tapi menutup dada. kalau kakak pakai shawl pon still tutup dada. Alhamdulilah. kakak mula pakai tudung menutup dada ni sejak tingkatan 1 macam tuh. tapi masa tu kadang-kadang lalai jugak. pernah kakak join sports bola baling, kakak silap kat situ. kakak ikat lebihan tudung kat belakang. so, terdedah la bahagian dada. tapi sekarang kakak dah besar, kakak tahu itu semua tak patut berlaku. sampaikan kakak rasa malu nak buat style tudung yang mendedahkan bahagian dada. sebabnya kakak sedar, mata bukan muhrim sentiasa melihat. kakak tak selesa macam tuh. Alhamdulilah kakak masih ingat pesan-pesan ustaz dan ustazah. itulah pentingnya kita mendalami ilmu agama. kakak bersyukur sebab Allah masih sayangkan kakak dengan mengingatkan kakak tentang larangan-Nya.

satu lagi situasi yang kakak perhatikan ada jugak yang jenis suka bersanggul tinggi dan palsu pulak tuh. sebenarnya kakak tak nampak pon kat mana cantiknya bersanggul tinggi tuh. tapi ada ustaz cakap kalau sanggul tuh memang original bukan palsu, yang tu tak apa la. sebab bukan disengajakan. kadang-kadang perempuan tuh rambut dia panjang dan lebat memang akan besar la sanggul dia. memang tak dapat nak dielakkan. 
 
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223. 
  
satu jer yang kakak harap dan boleh doakan, agar girls kat luar sana tak la bergaya macam yang kakak nyatakan kat atas tadi tuh okay. jadilah diri kita. bergaya tuh tak salah tapi jangan sampai membelakangkan agama sendiri. dapat dosa jer dik. ingat-ingatlah. kita sendiri dah banyak dosa, janganlah nak ditambah pulak dengan dosa kering macam nie. niat kita dah betul dah, bertudung, tapi tak kena caranya pulak. remeber okay, try to be a good muslimah. 

okay la, cukup la sampai sini sahaja tazkirah kakak untuk tatapan korang. kita kena saling ingat mengingatkan. yang salah kita perbetulkan. yang dah betul, kita pertingkatkan jadi lebih baik. sekali lagi, kakak mintak maaf kalau ada yang terasa. kakak tak tujukan kepada sesiapa, ini tulisan umum sahaja.

Assalamualaikum sayang kakak sekalian. :D
 


- aku tak tahu kenapa tulisan jadi kecik comel macam nie, so sorry ! - 
 

Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: