February 19, 2012

examination.



Assalamualaikum reader's
(=


hello semua pembaca yang disayangi sekalian. hari ni kakak nak cakap pasal peperiksaan. kalau dengar perkataan peperiksaan jer, mesti dah mula ketaq lutut. betoi dak ? ketaq sebab tak ready or sebab takot soalan susah or sebab tak dapat jawab or tak dapat result yang elok. hish, punya la banyak OR dia ni. itu semua beberapa kemungkinan kenapa kita gerun bila nak dekat exam.


okay, kakak nak cerita sikit la pengalaman kakak melalui beberapa exam sepanjang kakak sekolah. bermula dengan UPSR, Ujian Penilaian Sekolah Rendah. ada lima subjek jer yang kakak ambik. result kakak masa UPSR biasa-biasa je la, 2A 2B 1C. yang C tuh konfem-2 la english. sadis betol ler. memang la diakui masa tuh memang tak pandai langsung la pasal english ni. apa yang cikgu cakap pon, tak faham. homework pon ntah la. macam buat tak buat jer. tapi masa darjah 5 dgn 6 kot, memang kena buat la. cikgu garang gilerr. siap lempar lempar buku lagi kalau salah banyak. ganas gile. memang masa tuh sumpah seranah abes la cikgu tuh. bila share cerita dengan kawan-kawan apa semua, gosip gila-gila la pasal cikgu tuh. macam-macam nak buat kat cikgu tuh. hahaha. masa tuh budak-budak lagi. baru nak baligh. UPSR tuh jugak ler, exam besar pertama yang kakak hadapi dalam hidup kakak. kakak tak ingat sangat la macam mana situation dia masa tuh. tapi apa yang kakak ingat, setiap pagi sebelum masuk dewan exam, kena kumpul kat dewan terbuka. pastu semua pakat dok ketaq la. sebelum masuk dewan kemain lagi baca macam-macam. langkah kaki kanan, bismillah banyak-2. doa tuh memang tak tinggal. biasa la, cuak giler first time exam besar. 


pastu masuk sekolah menengah, kat SMK Bandar Tasek Mutiara, time form 3 kena amek pulak PMR, Penilaian Menengah Rendah. kira time ni macam dah experience sikit la sebab dah amek UPSR. tapi still la ketaq. boleh kata setiap kali exam, even sekolah punya exam akan rasa benda yang sama kan. for sure la. masa tuh subjek yang kakak amek, cuma 8 subjek jer. dan Alhamdulilah takda la terer sangat pon. dapat la 3A 5B. haishh, kan bagus kalau yang 5B tuh semua ganti dengan A. wow! hampir-hampir dah tu nak masuk asrama penuh. hahaha. masa PMR tuh jugak, subjek yang tak pernah mimpi nak dapat A, tetiba dapat A. subjek sejarah okay. yang students selalu dok cakap boring, mengantuk tuh. apa-apa pon, terima kasih kepada cikgu sejarah kakak masa form 3, Cikgu Azlina. kadang-kadang bila cikgu pandai ajar, subjek tuh akan jadi menarik. and sebab tuh la kakak rasa kakak boleh score dalam sejarah. lepas tuh, dapat la tawaran sekolah teknik. saja-saja ja apply sebenarnya, tak sangka pulak dapat. pastu tak jadi nak pegi sebab masa naik form 4 dah elok dapat kelas Sains. Alhamdulilah. rezeki. parents kakak la suruh stay kelas Sains. ye la, bukan senang nak duduk belajar dalam kelas tuh.


then, sampai la form 5, belajar la sampai nak pecah kepala subjek-subjek sains semua tuh. kalau nak tahu, subjek add math dengan kakak ni, kira memang tak ngam lah. susah giler. tak tahu kenapa. pernah cuba nak cintakan add math, tapi belajar sampai fokus giler-giler pon tak boleh nak adapt jugak. sedih tau tak sebenarnya. masa tuh memang selalu motivate diri, cakap kat diri sendiri yang kakak boleh buat. duduk pulak sebelah budak cina, mintak tolong ajar, tapi tetap tak boleh masuk jugak. SPM pon menjelang tiba. Sijil Pelajaran Malaysia. waaa, dengar exam SPM, semua pakat takot. orang dok cakap SPM ni la penentu masa depan apa semua kan. memang la. so, kepada adik-adik belajar la rajin-rajin yer. Alhamdulilah, SPM punya result okay jugak. takde yang fail. mintak UiTM tak dapat. mintak Diploma Sains tak dapat. memang sedih sangat-sangat la kan. huhu. apply matrik tak dapat, pastu buat rayuan mintak akaun, baru dapat. lepas tu dah mula pening nak pegi ke tak matrik atau pilih form 6. at last kakak pilih untuk form 6. cikgu sekolah punya la marah tak pilih matrik. sorry cikgu. kakak tak sure kakak boleh bawak akaun sebab kakak tak pernah terjun pon dalam bidang akaun ni.


tingkatan enam. atas dan bawah. setahun setengah belajar di SMK Simpang Empat just for STPM. dengar cerita STPM nie Top 5 exam dalam dunia paling susah. orang cakap STPM nie jugak sama level dengan A-Level. memang la orang cakap subjek subjek dalam form 6 ni susah. tak dapat dinafikan. tapi Alhamdulilah, setakat ni kakak boleh la bawak. tapi memang ada sesetengah subjek susah. dalam form 6 ni jugak la kakak telah memilih untuk menukar bidang. dari Sains ke Sastera. sebenarnya masa dapat tawaran diorang bagi kakak kelas Sains, tapi kakak mintak tukar. serabut dehh. tak sanggup. dah la masa tu kakak satu-satunya pelajar Melayu dalam kelas tuh. rasa macam kayu jer dok dalam kelas tuh sorang-sorang je bangsa kita. subjek Ekonomi antara subjek yang susah jugak la. tapi Alhamduliah, kalau belajar memang boleh buat.


last but not least, sekarang ni kakak masih menunggu keputusan STPM. harap-harap semuanya baik-baik dan cemerlang. kakak nak masuk UMS. kalau ada rezeki la. USM tuh kakak tak apply lagi. Allahuakbar, makin lama menunggu result nak kuar, makin resah gelisah diri ni. Semoga semuanya okay. insyaAllah. kepada yang nak exam, berjuanglah habis-habisan yer. masa depan terletak dalam tangan masing-masing. kena selalu hargai peluang yang ada. ingatlah duit yang parents kita dah keluarkan untuk kita. okay, jumpa lagi next entry. Assalamulaikum semua. (=



Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: