February 21, 2012

hidup dan mati


  Assalamualaikum reader's

=)



malam-malam macam ni rajin pulak kakak nak pegang keyboard ni kan. ape cer ni ? takde apa pon sebenarnya. just rajin sangat malam ni nak menulis sesuatu, tapi tak tahu nak tulis apa pada awalnya. but now, dah dapat idea dah. 


PASANGAN HIDUP


hah ! cakap pasal pasangan hidup cepat je mata tuh terbukak dengan luasnya, kan ? memang tau korang ni. haha. korang mesti pernah, dalam life korang ada terfikir pasal pasangan hidup kan ? ye la, dah mula fikir nak yang macam mana, tinggi ke tak, hensem ke tak, ada duit ke tak. kalau lelaki pulak nak yang cantik, pandai masak and so on lah kan. biasa la, tuh semua asam garam kehidupan. tambah pulak kalau tengok orang kawen, lagi la cepat je fikiran tuh nak yang macam tuh jugak. 


memang la, tak dinafikan kakak sendiri pernah berangan nak yang macam ni, macam tu, tapi kita tak tawu kan rancangan Allah macam mana. Alhamdulillah la kalau dapat macam apa yang kita nak. dah jodoh. tapi kalau takda jodoh tuh sabor jer la kan. jangan la nak terjun bangunan pulak. dosaaaa okay ! takdanya nak dapat pahala syahid ke apa. tuh semua kita boleh fikir la kan. sebab tuh la orang cakap, kalau sayang orang tuh jangan terlalu sayang, kalau benci pon jangan benci sangat.

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

bila kita mahukan sesorang itu seperti apa yang kita nak, sebenarnya kita kena banyak usaha. memang la Allah dah tetapkan jodoh untuk kita, tapi kita sendiri kena usaha, berdoa dan tawakkal. kalau rasa tak pasti dengan apa yang kita buat, mintak lah petunjuk dari Allah. solat istikharah tuh salah satu jalan penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi. kakak tak pernah la lagi buat solat istikharah ni. belom masanya lagi untuk ditunaikan. insyaAllah, suatu hari nanti. (:


banyak jugak status dekat FB yang kakak tengok menjurus ke arah memilih pasangan hidup nie. kalau kita nak yang baik, mula-mula sekali kita kena buat ialah perbetulkan diri kita sendiri dahulu. mana yang tak elok, perelokkanlah. baru la orang cakap sepadan ! takkan la pulak orang jahat perompak nak kawen dengan ustazah, kan ? begitulah sebaliknya. usaha untuk memperbaiki diri. 


bila kita mencari pasangan hidup ni sebenarnya secara tak langsung kita dah ada keinginan nak ke fasa seterusnya. kalau budak-budak sekolah tuh tak termasuk dalam kategori ini yer. hahaha. jangan nak menggatal pulak. hanya orang yang serius dalam hidup dia saja yang tawu apa yang dia nak dalam hidup dia. of course la pasangan hidup dia pon seorang yang cukup bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya. tak kisah la umur masa tuh muda lagi ke tua ker. umur tak langsung menjamin kebahagian. yang penting sifat seseorang itu. kalau umur baru 18, tapi dah matured, tahu nak manage keluarga, just proceed la kan. ye la, kadang-kadang mentaliti masyarakat selalu mempertikaikan faktor umur sebagai penghalang kebahagian. sebenarnya apa yang penting, adalah agama ! takda yang lebih penting selain dari agama. ada duit berjuta-juta pon kalau takda agama, there is no use jugak kan. kalau hensem, cantik, tapi takda agama, still tak berbabloi. tapi semua itu kita boleh stable kan dengan agama ! 

“Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat “.(Muttafaqun Alaihi).
  
so, apa-apa yang kita fikirkan untuk pilih pasangan hidup, kita kena banyak pertimbangkan dari segala sudut. sebabnya, semua tuh la yang akan jamin hidup kita dengan pasangan kita kelak. kakak tak la pandai nak bagi pendapat banyak-2, sebab kakak sendiri baru 20 tahun. tak kawen lagi pon. calon pon takda lagi. macam yang kakak cakap tadi, pilihla berdasarkan agama, sebab hadis sendiri dah tegaskan macam tuh. kena la ingat yer, agama tuh bukan bermaksud kena cari ustaz, ustazah. memadai dia ada pengetahuan agama, tahu nak mengendalikan rumahtangga dengan agama, solat cukup, puasa, keluar zakat dan sebagainya. insyaAllah, bahagia dunia akhirat. 

Akhirul Kalam, Assalamualaikum wbt. (:  

 

Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: