March 8, 2012

hari yang suram



Assalamualaikum reader's
 
 
masyaAllah, semalam saya dah pon pergi mengambil result STPM saya. sebelum keluar rumah, saya sudah pon membaca ayatul kursi, selepas subuh saya sempat membaca surah al- waqiah memohon agar saya diberi rezeki iaitu kejayaan dalam keputusan peperiksaan saya. hampir setiap malam sebelum peperiksaan sebenar bermula, ketika hari berlangsungnya peperiksaan, selepas hari peperiksaan dan sehinggalah semalam, saya tidak putus-putus memohon doa kepada Allah, amalkan membaca surah al-waqiah pada setiap malam, serta solat hajat. namun keputusan yang saya peroleh tidaklah sebaik yang disangka. sesungguhnya keputusan peperiksaan kali ini amatlah perit untuk saya terima. menjadi sejarah juga dalam sejarah kehidupan saya sebagai seorang pelajar, saya menangis setelah mendapat keputusan. pada awalnya saya tidak menangis, namun perasaan hiba itu sudah muncul, cuba gagahkan diri menerima keadaan kerana saya teringat akan kata-kata seorang kakak fasi dalam laman facebook agar bersyukur walau apa sekali pun keputusan yang kita dapat. saya masih mampu mengucap syukur Alhamdulilah.
 
 
namun, sekuat mana saya bertahan, akhirnya air mata saya mengalir juga di saat sepupu saya yang berada di UiTm menghubungi saya bertanyakan soal result saya. saya juga tidak tahu mengapa ketika itu perasaan saya sangat lah sedih dan hiba. saya luahkan semuanya kepada dia. saya tahu dia juga terkejut dengan berita yang diterimanya. disuruhnya saya agar bersabar. ya, saya kuatkan diri saya untuk bersabar. sepanjang saya memegang gelaran pelajar tingkatan 6, tidak pernah lagi saya mendapat keputusan sebegini rupa. jauh tersasar rupanya dari apa yang saya harapkan. di saat saya bersedih, saya sempat mengucapkan tahniah kepada dua sahabat saya yang berjaya mendapat keputusan yang baik. kesedihan saya tidak terhenti di situ sahaja. pesanan ringkas dihantar kepada ibu saya, saya mohon maaf kepada ibu saya kerana tidak dapat membuat beliau gembira dengan keputusan saya. tidak lama selepas pesanan itu dihantar, beliau menghubungi saya bagi mendapat keterangan yang lebih jelas mengapa dan mengapa. bagaikan memuntahkan persoalan. saya juga yang perit mahu menjawabnya. di hujung perbualan, saya sedih lagi. namun saya tahan agar beliau tidak tahu. sungguh, harapan saya besar untuk membuatkan kedua-dua ibu bapa saya tersenyum gembira dengan keputusan saya. begitu juga dengan saya, sebolehnya saya mahu menangis kerana keputusan yang baik, bukan keputusan yang lemah. 
 
 
Allahuakbar. saya sebagai hambaNya yang lemah dan tidak berdaya merasakan kehidupan saya menjadi gelap gelita. saya mula persoalkan diri sendiri, ke mana arah tuju hidup saya selepas ini. terlintas dalam fikiran, mahu sahaja membunuh diri, tetapi Alhamdulilah, iman saya masih kuat serta fikiran saya masih waras. entah mengapa perkara itu terlintas dalam benak fikiran saya. kejam sungguh diri saya ketika itu. ya, pastinya syaitan durjana sedang rancak mengehembuskan hasutan tajamnya kepada saya. Astaghfirullahal'azim. ampunkanlah dosaku Ya Allah. terlintas juga ketika itu, tiada lagi semangat untuk meneruskan perjuangan dalam mencari ilmu duniawi. Allahuakbar, hebat dan besar sungguh dugaanmu ya Allah. sesungguhnya aku hambaMu yang lemah. 
 
 
adatlah andai ramai yang cuba bertanyakan keputusan yang kita peroleh, begitu juga keadaannya dengan saya. telefon bimbit saya hampir sahaja tidak sunyi dari panggilan dan pesanan ringkas. saya gagahi membalas pesanan dan berbual di talian. tiada apa yang saya banggakan dengan keputusan saya. tetapi saya masih bersyukur. saya percaya apa yang terjadi pastinya ada hikmah yang tidak dapat dikesan saat ini. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih hebat. saya harus redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. ini semua bagi memupuk perasaan cinta yang lebih kepada Pencipta saya. namun begitu, disaat saya bersedih ada teman-teman yang cuba menggembirakan saya. terima kasih kepada teman tersebut kerana sudi membelanjakan saya baucer buku yang diterimanya untuk menghadiahkan saya buku. 3 buah buku berunsur kerohanian dan motivasi menjadi pilihan saya. sungguh berbaloi saya rasakan kerana saya tidak langsung perlu mengeluarkan wang. Alhamdulilah. 
 
 
sampai di rumah, ibu saya sudah pon pulang dari kerja. saya diam sahaja ketika pulang. teguran langsung tiada. saya sudah bersedia dengan telinga dan hati yang kuat untuk menerima kritikan hebat dari ibu saya. tidak lama ibu saya mula mengeluarkan suaranya. sungguh jauh saya berfikir tentang ibu saya. tidak langsung dia memarahi saya. katanya, tidak mengapalah, andai itu sahaja yang saya mampu. sudah Allah tetapkan. abah saya pula tidak langsung berkata apa-apa. bagai tiada apa-apa yang berlaku. cuma ibu saya sahaja yang berkata-kata. dilanjutkan lagi kata-kata ibu saya dengan persoalan lain. ditanyanya tentang perancangan saya selepas ini. saya bergurau, kahwinkan sajaha saya. sungguh, jauh disudut hati saya sedih kerana tidak dapat menjadi anak kebanggaan mereka.
 
 
malam itu juga saya terus mendaftarkan pengajian saya di universiti pilihan. kali ini tiada lagi kos-kos yang hebat bermain di fikiran saya. semuanya yang biasa-biasa sahaja. cuma pilihan saya di UPSI, satu-satunya yang paling tinggi. saya mohon sahaja. rezeki saya Allah tentukan. saya tawakkal dan redha sahaja. kalau rezeki saya disitu, Alhamdulilah. saya daftarkan juga diri saya dalam bidang pekerjaan di SPA. sekali lagi, saya percaya, rezeki saya Allah tentukan. lewat malamnya, seorang sahabat jauh diperantauan mengirimkan saya pesanan ringkas. sungguh tersentuh saya memabacanya. tidak langsung persoalkan tentang keputusan saya. Ya Allah, beruntungnya saya mendapat seorang sahabat yang sangat memahami situasi diri ini. diberinya kata-kata semangat agar tidak berputus asa. apa yang terjadi pasti ada hikmhNya. menangis saya saat itu. selesai saya solat isya', saya masih menangis. mengadu saya kepada Allah. mengapa ini yang terjadi dalam hidup saya, namun saya redha Ya Allah. saya kesat air mata. kuatkan diri. saya percaya Allah ingin menguji kekuatan iman saya. andai sebelum ini saya sentiasa bersamaNya, apakah selepas saya diberi ujian sebegini saya masih dekat padaNya. ya. saya masih padanNya. saya kuatkan diri. saya muhasabah diri saya. apa yang berlaku semuanya untuk menguji kekuatan iman saya. walaupun DIA tidak memberi apa yang saya minta, saya tetap dan selama-lamanya memilih DIA. sesunggunya kita hanya mampu merancang, Allah menentukan. dan perancangan Allah itu lebih hebat dan tiada tandingannya. terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat. berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.


hari ini, bagaikan hari kedua saya hidup di dunia ini setelah saya melalui hari yang suram semalam. masyAllah. hanya Tuhan yang mengetahui apa yang saya rasa, dan hanya DIA yang mampu menghapus perasaan ini. hari ini saya kurang sedikit beremosi. saya sudai mulai pulih dari trauma hari semalam. semoga saya lebih kuat menjalani hidup saya. insyaAllah. saya sudahi cerita sedih saya dengan ucapan Assalamualaikum wbt. terima kasih sudi membaca. WASSALAM.
 
 
 

Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

5 comments:

Anonymous said...

weh.. ang jangan sedey tau..
Tuhan sayangkan kau ut.. Dia xkn bg ujian kt kau jika kau x mampu hadapinya..
aku tahu ang kuat..
bawak banyak bersabar k..

a m o i c e l u p said...

ya. sedang belajar menerima ketentuan Illahi yg sgt hebat. sabar dan redha. thanks kawan. (:

Shiema Sufian said...

Jangan sedih sebab everything happen for a reason. Trust me, Allah sayangkan kak Ira. Allah tidak zalim kerana Allah menguji hamba-Nya berdasarkan kemampuan mereka. Terima dengan hati yang terbuka, andai itu takdirNYa, terimalah hakikat. Perjalanan masih panjang dan masih banyak ruang di depan, gapailah apa yang boleh selagi mampu. Apa pon bidang yang kita ceburi, buatlah yang terbaik (:

a m o i c e l u p said...

thanks kak long.
ya kak ira cuba kuatkan diri. sedih sgguh hati ni. tak pernah lagi rasa mcm ni. putus cinta pon x macam nie. mmg berat ujian Allah. bila kita semakin dekat dgn dia, semakin besar dugaanNya. masyaAllah.

iqbal said...

Be Strong k!!!

:)