March 23, 2012

kembali 'bekerja'


 
 Salam reader's 
:D
 
 
sudah sekian lama kakak mendiamkan diri dari menaip di blog ini, akhirnya pada malam ini kakak berkesempatan untuk mengisi semula kekosongan yang ada sebelum ini. pertamanya, kakak nak mohon maaf kepada semua yang follow blog kakak ni, sebab kakak dah lama tak update blog. macam-2 masalah berlaku. setelah mengalami peristiwa yang mendukacitakan pada entry yang lalu, jari jemari tidak langsung terasa ingin menulis lagi. tapi Alhamdulilah, malam ni masih diberi kesempatan untuk melepaskan rindu di 'rumah' sendiri. korang rindu tak kat kakak ?  hehehe. jangan rindu lebih-2 sangat eh. 


by the way, di kesempatan ini kakak nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-2 kakak yang ingat and sudi nak wish Happy Birthday kat kakak pada 13 Mac yang lalu. terima kasih sebab korang sudi mendoakan kesejahteraan kakak, semoga Allah membalasnya. insyaAllah. (:


tak dilupakan jugak, kepada bebudak SPM '11 yang baru je amek result last 21 March, yang berjaya, tahniah la yer. kepada yang tidak berjaya atau kurang memuaskan hasilnya, jangan berputus asa, perjalanan hidup adik-2 masih panjang dan ini baru permulaan sebenarnya. jangan terlalu meletakkan masa depan adik dalam 10 tahun akan datang pada keputusan SPM yang adik-2 dapat baru-2 ini. hari ini gagal, tak bermakna selamanya gagal. adik-2 masih punya banyak waktu untuk mengubah kehidupan adik-2. perlukan pembaharuan dan tindakan selanjutnya. paham tak adik-2 ? kata-2 semangat ni jugak untuk diri kakak. sudah semestinya, kakak sangat-2 down last day kan. sedih tu memang la. lain yang diharapkan, lain pulak yang dapat. tapi tak apa, percaya pada rezeki yang Allah sudah tetapkan. okay sayang sekalian. (:


ouh yer, baru-2 ni gempar dengan kes penculikan kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah. tapi kan, yang kakak tak puas hati ni, yang suka tipu masyarakat pasal kes culik ni. sekali dengan mak bapak pon kena tipu. gara-gara nak ikut teman lelaki, pandai plan dengan BF, konon kes culik. yang si adik pulak terpaksa jadi saksi. kesian kat mak ayah, buat report polis, ingatkan anak tuh betol-2 la hilang kan, padahal dah ke lain pulak. yang palis panas hati ni, si BF tuh pulak polis. hai, abang polis, takkan tak takot dengan undang-2 negara kot. macam mana boleh jadi polis ni. tapi tak boleh nak salahkan dia jugak. sebab dia pon masnusia,  darah muda kan. polis ke, askar ke, sape-2 pon, kalau dah hangat bercinta, apa-2 pon boleh jadi. tapi kan, kenapa la pilih anak dara orang yang masih bersekolah. kakak ni dah habis sekolah, tak nak ker ? hehehe. takde la, gurau je yer. jangan korang fikir serius pulak. kakak pon tak sudi. jadinya, kakak nak simpulkan kat sini jangan la masyarakat kat luar sana senang-2 nak cari publisiti murahan dengan merelakan diri diculik. tak ke bodoh macam tuh. akal tuh Allah da bagi, guna la sebaik-baiknye yer. sama la dengan kes yang bayi yang ditinggalkan depan rumah, yang ceritanya ada orang tua suruh dia makcik tuh jaga. padahal, bayi tuh, cucu makcik tuh sendiri. anak dia yang pandai 'buat' , then, tak tawu nak taruk mana, buat cerita sedih. aiseh. makcik boleh bikin drama la makcik. hmm, manusia oh manusia. tolonglah jangan susah dan takotkan orang lain dengan cerita macam ni. terasa ditipu sangat-2 !


okaylah, kakak pon dah tak tawu nak tulis ape lagi. terima kasih sudi baca. sayonara semuanya. nanti kakak update lagi okay ! Assalamualaikum semua ! :D



Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

1 comment:

iqbal said...

awk dah lama tak update blog? newest entry 24 march, almost 3 bln dah tu.. huhu. Btw, sory lama tak komen mengomen kat sini, itu sbb awk dah malas update kan? Hahaha.. Guraw je.

Selamat kembali bekerja ditujukan utk awk ;)

Pasal kes "penculikan" atau lebih tepat "Drama lari dari rumah" yang boleh dikatakan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, kebanyakan motif dorang sebab cinta. Kadang2 sy terpikir, dorang ni tak kesian kat mak bapak ke,tambah lagi menyusahkan ramai org.. minta simpang bende macam ni terjadi dlm keluarga kita dan juga sahabat handai.. =)