September 29, 2012

merindu kembali

Bismillahirrahmanirrahim.
 
 
Assalamualaikum semua. :)
 
masih ada kah lagi pengikut blog bersarang ini? setelah sekian lama jari jemariku ini tidak menaip panjang sebagai penghias diari harian ini, tiba-tiba hari ini tanggal 29 September 2012 jam 12.47am menjadi titik permulaan semula bagi diriku untuk menaip semula. semoga diriku terus bersemangat untuk menulis kembali. dahulu kala, menulis di blog ini merupakan salah satu aktiviti harianku, tetapi setelah diri ini mula mengerah keringat mencari rezeki, tiada lagi masa dan fokusku terhadap blog ini. ya, agak lama blog ini dibiarkan tanpa sebarang cerita. sunyi. sepi
 
 
tiada apa-apa cerita yang mampu ku coretkan disini kerana diri ini ibarat baru hendak belajar menulis.
cuma kini aku sudah pon bergelar ibu saudara kepada bayi perempuan. Nur Irdina Humayra binti Mohamad Hafiz nama diberi. Alhamdulilah. sudah 4 bulan kelahirannya ke dunia ini. sungguh terasa sangat bahagia dan teruja. perasaan rindu sentiasa ada padanya. jauh. insyaAllah, ada masa akan ku kunjungi anak saudara kesayanganku di Selatan sana. 
 
 
kerja. pejam celik sudah hampir 6 bulan aku mencari rezeki di situ. Alhamdulilah, tiada apa-apa masalah yang berlaku. cuma kerjaku berdepan dengan kerenah pelanggan. kesabaran yang tinggi amat diperlukan. berani. itu juga sifat yang perlu ada. hormat. tapi aku memang tidak akan lama di situ. ada sesuatu yang aku impikan masih belum tercapai. rezekiku ditangan Tuhan. Tuhan tahu apa yang terbaik untukku. kini ku hanya menunggu tawaran belajar dari IPTS setelah IPTA menolak rayuanku. aku redha. bukan rezeki orang kata. apa sekali pun yang berlaku hidup perlu diteruskan. ini baru permulaan hidupku. 
 
 
rasanya cukup untuk kali ini. insyaAllah, ada masa terluang ku tulis lagi di sini. :))
 
 
untuk tatapan semua, wajah buah hatiku .

Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: