November 25, 2012

minggu terakhir.


Assalamualaikum. 


beberapa hari lagi je nak resign dah. huhu. rasa macam sedih pon ada. tapi nak buat macam mana. ini yang aku pilih untuk kehidupan aku. since bulan April aku keja situ, target sampai bulan September je nak keja. tapi tengok-tengok dah terlajak sampai bulan November. banyak bulan jugak la terlajak. nak buat macam mana tak ada rezeki aku nak sambung belajar. tapi sekarang dah dapat peluang, aku pulak tak tawu nak pegi ke tak. macam aku pernah cerita dulu, 5K for semester. memang mahal la kan. ye la, swasta. pulak tuh degree. paham-paham la kan. 


saat-saat terakhir kat KFC tuh jugak akan aku gunakan sebaiknya. lepas ni mungkin dah tak ada lagi aku kat sana. susah senang, manis pahit semua ada. entahlah. sukar nak dinyatakan. terlalu banyak pengalaman yang aku dapat. berhadapan dengan manusia yang pelbagai kerenah, ragam. sangat-sangat la mencabar diri aku ni. buat aku rasa berani berhadapan dengan orang. aku jadi berani tegakkan apa yang sepatutnya. customer entah apa-apa. memang macam-macam perasaan ada. semua kena control, demi reputasi restoran tuh. tak nak la jadi kes kan. biar la cutomer nak merungut apa ke, janji jangan sampai jadi buah mulut satu dunia. huhu. 


apa yang aku harapkan semoga persahabatan dan ukhwah yang terjalin antara aku dengan staf-staf kat situ tak terputus macam tuh ja. insyaAllah. sedih la pulokkk kann. adoiii. sabor je la. just be strong ! ada rezeki keja lagi kat situ. cuti panjang nanti ker kan. mana tawu. 


okay, see you next entry.

May Allah Bless You, Salam.  :)



Terima Kasih Sebab Sudi Baca, Like Jangan Tak Like. ( =

No comments: